Sunday, December 25, 2011

Aku begang betul!

Aku ni sebenarnya malas nak cerita ketidakpuashati-an aku ni kat dalam blog. Tapi aku rasa macam dah agak keterlaluan disebabkan dengan perangai seorang  budak rumah sewa sementara aku ni. (Kiranya aku ni pendatang baru la).

Sebelum tu aku nak bebel dulu. Kita ni hidup mestilah berkongsi kan? Tak best la kalau pakai sorang-sorang. Rasanya macam duduk dalam gua pun ada. Dalam dunia ni, kita berkongsi tempat dengan semua makhluk Allah. So, janganlah kita nak bermegah sekiranya ada punyai sesuatu yang tidak ada pada orang lain.

Ha, korang mesti dapat agak kan apa yang aku cuba sampaikan. 

Sebenarnya aku ni dah agak naik angin dengan member aku ni. Aku ni takdelah kenal dia ni sangat pun. Kenal gitu-gitu je. Kiranya macam sebagai kawan serumah yang tak rapat je la. Tapi pakai barang aku macam barang sendiri. Tu yang aku panas. Kalau mintak tak apa, ni main pakai je.

Biasanya laptop aku la jadi mangsa perkosaan beliau. Dah tutup pun bukak balik. Pastu tak reti nak tutup, bia je atas tilam. Dah la aku tukar pakai kejap dengan laptop adik aku ni. Kalau mintak tak apa, ni main sebat je. Dengan orang lain boleh la kau buat, dengan aku memang silap la. 

Aku ni bukannya marah kau nak pakai, tapi at least MINTAK. Jangan main sebat je. Bengang tol aku. Pantang betol!

Aku tau kau ni jenis tak ada duit. Aku pun tak pernah nak lokek dengan kawan-kawan. Tapi kau kena respect kawan-kawan jugak. Mana la tau ada file secret yang disimpan kau bukak tengok, dah boleh jadi gaduh. Tu yang aku tak nak.

Bro, orang takkan respect ko kalau kau tak respect orang lain. Ah, sekarang aku letak password. Padan muka kau takleh nak bukak laptop aku. Barang aku, aku punya. Nak pinjam, buat cara nak pinjam. Kalau barang sendiri bukan main marah kalau orang salah letak. 

Memang aku kena pikir sesuatu yang rasional. Fikir, fikir.......

Saturday, December 3, 2011

Bahasa dan Language

Bahasa kita, budaya kita. Apa itu bahasa? Apa beza bahasa dan juga Language? Eh, ianya sesuatu yang sama tetapi berbeza dari sebutan. 

Ha, cerita pasal bahasa ni ada 1 kes ataupun satu peristiwa yang kiranya tercatat dalam sejarah. Kementerian melancarkan satu dasar iaitu subjek matematik dan sains disekolah jenis kebangsaan dan menengah kebangsaan diajar dalam bahasa Inggeris. Ianya adalah satu pendekatan yang diwujudkan oleh kerajaan untuk memperkasakan kadar pertuturan dan pembelajaran orang melayu terhadap bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.

Apa pendapat anda semua? Adakah bahasa Inggeris yang diajar disekolah tidak cukup bagus sehingga ianya diajar dalam subjek lain di sekolah? 

Pada pendapat aku, pendekatan ini memang bagus diteruskan kerana bangsa melayu adalah bangsa yang terteruk dari segi pertuturan bahasa inggeris. Bukannya aku ni sokong kerajaan. Dulu masa aku sekolah rendah, aku paling benci subjek bahasa inggeris ni. Bukannya faham pun. HAHAHA!

Tapi, ada yang menentang dasar kerajaan ni. Antara yang aku dapat kepilkan adalah :


Ianya akan merosakan bahasa melayu sendiri. Merojakan bahasa dan bahasa kita akan ketinggalan. Lepas 10 tahun, kita akan cakap bahasa inggeris lebih dari bahasa melayu. - 47, Pekerja Kontrak.


Okay.......


Statistik aku pulak pasal bahasa ni. Cuba tengok di bawah

Kadar penguasaan bahasa mengikut bangsa di Malaysia adalah seperti berikut:


Cina : Mandarin, Kantonis , Melayu, Inggeris (tak semua)
India : Tamil, Melayu, Inggeris (tak semua)
Melayu : Melayu, inggeris (tak semua)
Lain-lain : tiada data.


Aku pun dah besar ni baru nak belajar bahasa inggeris dengan lebih giat. Takkanlah kita nak berbangga dengan 1 bahasa je kan? Bangsa lain ada bahasa Ibunda mereka yang mereka tuturkan dengan baik, tapi boleh kuasai bahasa lain dengan sempurna. Terutamanya Inggeris.

Ingatlah Wahai Melayu, kita takkan maju kalau kita masih lagi ditakuk yang lama. Fikirkanlah wahai Melayu. Bahasa Melayu takkan hilang kalau kita mempertahankannya, tapi jangan manjakan Melayu kita.



Gambar sebagai hiasan.

Bangganya

Berbangga. Tajuk yang agak bosan kadang-kadang kita dengar. Dah la pendek, nak menyebut pun tak sampai dua saat. Kalau nak lebih dua saat kena sebut dengan 6 harakat. Ecoooo dia biar panjang. Haha

Ha, berbalik pada apa yang aku nak cerita. Bangga. Bangganya aku menjadi rakyat Malaysia. Bangganya dengan paras rupa. Bangganya aku dengan kekayaan yang dimiliki dan bangganya menjadi manusia.

Tapi....

Adakah segalanya cukup sekiranya hanya berbangga? Adakah bangga itu dapat mempertahankan segala yang kita ada. Bangganya kita sekiranya kita dianugerahkan dengan segala kenikmatan dunia dan akhirnya melupakan akhirat  yang ternyata kekal selamanya. Memang Bangga kan kita hidup di dunia sementara ini tanpa memikirkan kita sebenarnya telah ternoda dengan duniawi semata-mata.

Contohnya tadi, aku memang dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di negara kita (tak payah bukak Kosmo, Metro. Tak ada rasanya peristiwa ni) Aku baru balik dari kenduri kahwin dekat Bahau, Negeri Sembilan. Setelah bertukar dari bas ke tren akhirnya sampailah aku di KL Sentral. Aku pun tunggulah member aku dekat depan Brickfield berhadapan dengan stesen Monorel KL Sentral (aku tak pasti nama sebenar stesen itu) Aku pun tunggulah member aku ni, sekali ada couple melayu ni bercium, peluk macam laki bini. Kalau laki bini pun, agak-agak la. Dia tau aku kat sebelah je, dengan BANGGAnya mereka berpeluk cium umpama macam tiada agama. Dari segi perlakuan, rupa macam baya aku je. Ish, tak tahu malu betul.

Mungkin anda semua dah biasa dengan situasi ini disekeliling. Mungkin kita beranggapan bahawa:


Alah, lantak depala. Janji tak kacau hal gua!


Ada juga:


Huish! Beromen tuuuuuu.. usha jap la. Mana tau rezeki dapat tengok lebih.


Mungkin juga ada yang berasa rungsing menegur:


Dik, tolong hentikan semua yang terkutuk ni. Mungkin adik anggap abang menyebok, tapi ingatlah Allah sentiasa memerhatikan semua tingkah laku hambanya. Allah Maha Berkuasa.


Kalaulah ada umat yang berpendapat seperti tulisan kuning diatas, aku sanggup ikut dia untuk menegur orang lain.

Point utama adalah Kesyukuran dan didikan agama yang utuh. Tiadanya semua ini, makin ramailah remaja kita tergolong daripada ahli neraka. Ingatlah, Janji Allah Itu Benar.






Aku berharap sangat perkara ni tak terjadi antara kita semua.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...