Tuesday, April 27, 2010

Ape Maksud Sahabat, Kawan, Teman?

Sahabat. Kebanyakan orang menggelar kawan karibnya sebagai sahabat. Adakah mereka patut digelar sahabat?
Sahabat tidak beerti jika hanya tertumpu pada kesenangan semata-mata. Sahabat perlu ada ketika kita berada dalam keadaan senang, susah dan sewaktu dengannya. Maksud sebenar Sahabat adalah tidak kira kita susah atau senang, mereka akan tetap berada menyokong kita. Itu adalah Maksud Sahabat sebenar.

Kawan. Lebih dikenali sebagai KENALAN. Mereka ini akan berada disisi kita bila kita dekat dengan mereka. Kita kadang kala mudah terlupa, kawan boleh makan kawan sendiri. Contoh yang terdekat boleh diambil oleh rakan kita sendiri. Tidak 100% pemikiran mereka akan menyokong anda. Mereka ni bagaikan Musuh dalam selimut yang boleh membinasakan diri kita sendiri. Berwaspadalah kita dari cengkaman kawan mahupun rakan yang akan menjerat diri kita sendiri suatu hari nanti.

Teman. Teman tapi mesra. Ungkapan ini sudah selalu kedengaran di gegendang telinga kita. Adakah Sahabat ataupun Kawan kita boleh dijadikan Teman kita hingga ke akhir hayat? Teman beerti mereka inilah yang akan bersama kita hingga ke penghujung waktu. Tapi, Seorang Teman tidak boleh membantu kita di Akhirat Kelak melainkan Amalan kita sendiri. Jangan terlalu mengagung-agungkan Teman kita kerana mereka sendiri juga akan menghadapi rintangan bersendirian Di Akhirat kelak.

Aku disini ingin menceritakan serba sedikit tentang ape yang berlaku sejak seminggu ni. Orang yang aku sangat harapkan untuk membantu aku mengharungi rintangan bagaikan hilang begitu sahaja. Dia umpama kilat. Lesap begitu sahaja. Aku kini perlukan seseorang yang boleh dijadikan teman mendengar segala masalah, berkongsi suka dan duka bersama. Ternyata aku masih silap memilih. Dia hanya berada bila aku berada dalah keadaan senang. Bila aku susah, dia pon mengaku dia susah. Aku x nak harapkan apa-apa, cuma dengar dan fahami masalah yang aku harungi ni. Sakit aku makin menjadi-jadi. Entah esok, lusa mungkin aku Akan pergi menghadap Ilahi. Betul cakap seorang daripada kawan aku, "Kawan, Teman, Sahabat kita x kan membantu kita Masuk syurga melainkan kita sendiri yang berusaha". Kini aku dah sedar, Hilangnya Moral aku entah kemana. Aku perlukan Waktu untuk diri aku sendiri. Mencari kemana hilangnya Moral yang selama ini aku lupakan. Kepada kawan-kawan diluar sana, Hidup ini penuh pancaroba. Dunia ini adalah sementara. Ingatlah, sekuat mana pun Persahabatan, Keimanan kita akan menguasai segalanya. Aku berharap Suatu Hari nanti Aku akan Ditemukan dengan seseorang yang mampu menaikan semangat aku kembali. Aku redha KetentuanNya. Teman aku pergi bukan kehendakku. Kuasa Allah lebih Kuat. Aku hambamu yang hina. Aku berserah segalanya. Andai Kata Aku tidak kuat Mengharungi Sakit yang Engkau berikan, Kau ambillah Nyawaku. Aku x Mampu menghalangnya. Waallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...