Monday, July 26, 2010

Computer Processor. INTEL vs AMD.

Aku ada terbaca satu artikel mengenai Processor Komputer ni. Aku terasa pula nak berkongsi serba sedikit pengetahuan aku tentang processor. Kini, diketahui bahawa pertembungan 2 gergasi pengeluar Processor utama dunia, INTEL dan AMD sedang sibuk bersaing antara satu sama lain. Apa kelebihan INTEL dan juga AMD? Di sini aku sertakan beberapa pendedahan mengenai kedua2 benda alah ni.

 
AMD
 
Dikenali sebagai ADVANCE MICRO DEVICE, berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pengeluar Mikroprocessor kedua selepas INTEL. AMD mengeluarkan produk yang utama iaitu Microprocessor, Chipset Motherboard dan unit pemprosesan grafik untuk komputer peribadi, teknologi pemproses untuk televisyen digital dan permainan. AMD memperkenalkan konsep 'Better By Design'. Iaitu satu konsep dimana AMD menyarankan satu set produknya untuk digabungkan bagi menghasilkan satu set PC/Laptop yang bersesuaian dengan cara penggunaannya. Better By Design dibahagikan kepada 4 iaitu Enthusiast, Performance, Mainstream dan juga Value. Kebanyakan pengguna yang sukakan permainan dan kerja berasakan grafik yang tinggi menggunakan AMD. AMD menggunakan Kad Grafik ATI sebagai basic.


 
INTEL
 
Intel Corporation adalah sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu. Intel juga membuat kad rangkaian, chipset papan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasuk MEMS.
Intel mengganti logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Slogan lamanya "Intel inside" diganti dengan "Leap ahead".

Kebanyakan pengguna keliru dengan kedua2 processor ini. Mungkin kebanyakan pengguna di luar sana lebih memilih INTEL kerana intel lebih terkenal berbanding dengan AMD. Sedangkan makcik2 di kampung yang tidak tahu menahu pun ada sebilanganya tahu apa itu INTEL. Pada kita, kedua2nya kita sedia maklum ada kelemahan dan kekurangannya. Kedua2 processor ini bersaing untuk meningkatkan kualiti dan kelajuan produk masing-masing. Dulu, berbanding INTEL, AMD lebih mudah panas dan dikatakan lebih menggunakan kuasa. Kini, AMD telah mengenalpasti punca dan menyelesaikan masalah sedemikian untuk memuaskan hati pengguna. INTEL buat pertama kalinya memperkenalkan CORE DUO, Iaitu dua microprocessor digabungkan menjadi satu sistem Processor. Ini bermakna, sesebuah komputer yang menggunakan processor ini diibaratkan sebagai kelajuan 2 komputer dalam 1 masa. Sebagai contoh INTEL yang menggunakannya Adalah INTEL CORE 2 DUO. AMD juga memperkenalkan sistem yang sama, tetapi berlainan kelajuan dan penggunaan. Contohnya AMD ATHLON (tm) II DUAL-CORE.

P/S: Aku sekarang ni pon guna AMD. Aku memang puas hati la pakai AMD. walaupun murah, tapi berkualiti. Main game pon Seronok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...