Monday, May 30, 2011

Siapa ganti Van Der Sar?

Manchester United kini kekosongan posisi penjaga gol utama setelah pemain paling veteren mereka, Edwin Van Der Sar memgumumkan pesaraan beliay secara rasminya pada akhir perlawanan Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari.

Desas-desus bahawa pengganti Edwin Van Der Sar mestilah melepasi piawaian jurulatih penjaga gol kelab itu, mahu pengganti beliau akan mengikut jejak langkah Van Der Sar.

Sir Alex Ferguson (Dua dari Daghlish) mengumumkan bahawa hampir pasti untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Athletico Madrid, David De Gea apabila gagal dengan bidaan keatas Manuel Neuer dan Marteen Stekelenburg.

Marteen Stekelenburg merupakan penjaga gol utama Belanda selepas Van Der Sar bersara dari kemunculan antarabangsa. Beliau juga adalah nadi kepada pasukan Belanda yang muncul sebagai Naib Juara Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan. Kejohanan itu telah dijuarai oleh Sepanyol. Phui!

Manuel Neuer, penjaga gol Schalke yang terbaik pada posisinya. Sukar dibolosi, tegap, kacak dan lelaki. Neuer sedang berebut posisi penjaga gol utama Jerman buat masa ini.

David De Gea, seorang penjaga gol. Korang cari la sendiri kisah dia ni kat google. Naik penat aku taip.






Yang pastinya, Manchester United tidak membida Khairul Fahmi Che Mat untuk menyarung jersi nombor 1 ini. Beliau masih dalam kontrak dengan Kelantan dan bidaannya mungkin akan memecahkan rekod pemindahan Inggeris.


He he he he. . . .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...