Thursday, January 19, 2012

Cara nak format komputer anda. Lakukan dengan Sendiri!

Mungkin ada dikalangan kita ni tahu menggunakan komputer tetapi tidak tahu nak reloading balik windows yang dah rosak. Maksud windows yang dah rosak ni adalah Windows yang dah corrupt. Aku ni bukan la nak cakap teror bab-bab komputer ni tapi cuba anda bayangkan jika anda boleh reformat semua komputer anda dengan windows baru, anda telah menjimatkan kos penyelenggaraan ke kedai baiki komputer. Ini sudah bagus kan? Entri saya kali ni nak berkongsi serba sedikit cara nak format PC mahupun laptop anda dengan penjimatan yang teramat la sangat! Saya nak tunjukkan cara format Windows 7.

Bahan-bahan utama:

1. CD Windows 7 (saya syorkan Original. nak pakai Pirate boleh je tapi diiktiraf sebagai pencuri, hehe)

2. Hardware Driver (boleh download terus di internet, simpan dalam thumb drive ataupun burn ke cd)

3. Komputer ataupun laptop (Apple Computer adalah dilarang, haha)


Langkah-langkah:


1. Sebelum memulakan formating untuk PC anda, saya mengesyorkan anda untuk memeriksa hardware terutamanya cd drive anda berfungsi dengan baik. Pastikan anda backup semua file penting! Ok, untuk laptop, pastikan anda memasang bateri dan plug in power supply supaya tidak terjadi apa-apa masalah ketika format.


  • On kan PC anda, masukan CD dengan pantas!
  • Pasti akan terpampang BIOS menu kan? Maksudnya terpampang dengan besarnya jenama PC anda di skrin. Menu ni sekejap je, cepat-cepat pilih CHANGE BOOT ORDER pada screen. Untuk Acer biasanya F12.
  • Pilih DVD atau CD drive sebagai boot utama anda. Cd dalam cd driver akan berpusing dengan pantasnya.
  • Akan keluar pilihan bahasa, tekan je bahasa pilihan anda, dan Next. 
  • Jangan Buat apa2 lepas tu sehinggalah keluarnya Notis ini : PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD/DVD DRIVE.... ha, tekan la pape pun yang nak ditekan (biasanya Enter)
2. Sekarang, loading sedang dijalankan. Pastikan anda tidak melakukan apa-apa sehingga diberitahu. Pastikan juga tiada terputus bekalan elektrik anda.

3. Setelah loading selesai, akan terpampar besar notis INSTALL NOW kat screen anda. Tekan je kat situ. Selepas itu:

  • Akan keluar notis LICENCE AND AGGREMENT. Tekan I Agree je.
  • Akan keluar 2 pilihan, UPGRADE dan CUSTOM (ADVANCE). Pilih CUSTOM. 
  • Akan keluar lepas tu paparan ini :

  • Ha, ni memang sensitif sikit. Jangan sampai tersalah. Biasanya akan ada 2 partition dalam PC anda. Drive C dan D.
  • Anda kena pilih Partition yang tertulis SYSTEM sahaja. 
  • Selepas itu, tekan DRIVE OPTION, klik FORMAT yang ada di bahagian bawah.
  • Habis je Format, pilih Drive yang dah diformat tu dan Tekan NEXT.
4. Ok, dia akan teruskan proses dengan sendirinya. Pastikan anda terus berada depan PC anda. Proses akan ambil masa dalam 20 minit mengikut kelajuan komputer anda.


5. Habis je proses, dia akan restart dengan sendirinya akan on sendiri. Jangan lakukan apa-apa. Jangan keluarkan CD!

6. Akan keluar sekali lagi PRESS ANY KEY TO BOOT FROM CD/DVD. Take note, JANGAN IKUT APA YANG DIA SURUH. Biarkan sahaja, jangan tekan apa-apa!

7. Setelah itu, akan keluar starting logo windows yang biasa.

8. Windows akan cuba habiskan Installing sekali lagi. Jangan lakukan apa-apa. Biarkan.............


9. Selepas semuanya habis, akan ada arahan seperti berikut :

  • Setup is preparing for the first use.
  • Insert the username.
  • Type Password (kalau nak la)
  • Insert CD Key (Windows 7 Product Key)
  • Time Zoning
  • Network Selection (Lan Dan Wlan)
  • Windows is Finalizing your setting.
10.Korang ikut semua yang disuruh. Ikut Citarasa sendiri (kecuali CD KEY).


11. Akan Keluar starting Screen. Kiranya dah settle dah semua. Sekarang ni keluarkan CD tu, pastu masukan CD install Driver ataupun cucuk je Thumb drive kat USB tu. Install je semua driver yang korang download awal-awal tadi. Ha, kiranya siap la semua! Tahniah pada Anda!


Itu tadi kita dah memperlajari cara untuk reformat PC yang dihostkan oleh saya. Pesanan saya kepada semua, ini semua adalah sebagai Learning sahaja untuk membantu kawan-kawan yang sedang belajar. Tak rugi kalau kita kongsi ilmu kan? Yang penting semua dapat merasa macam mana mudahnya suatu pengetahuan. Senang kan? Semuanya Jimat! tak perlu nak takut kalau kena hantar kedai baiki.







24 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Mantap2! Dah lama aku nak cari macam mana nak format laptop...thanks! ^.^

    ReplyDelete
  2. Haha. Welcome. Nanti aku update lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana mau format klau laptop 1M tuu😊

      Delete
    2. search google laaaa..tanye ape lagiii.....

      Delete
  3. klau guna usb drtve mcm mn plak,,proses dya sama ka

    ReplyDelete
  4. Latop brand acer ni CD dy sme erk untk mne2 series?

    ReplyDelete
  5. salam..kalau untuk windows 8 cmna..

    ReplyDelete
  6. salam..kalau untuk windows 8 cmna..

    ReplyDelete
  7. Yang no 11 uh mcm mna yer..tak bape nak faham la...

    ReplyDelete
  8. Nk backup mcm mne bang?? Ajar2

    ReplyDelete
  9. Salam.. laptop saya dh ada window yang berfungsi, tpi saya nk format semula window yang baru..macam mane ye?

    ReplyDelete
  10. Kalau tak guna cd boleh format tak ?

    ReplyDelete
  11. cd driver intaller tu apa? penting ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting la.. driver intaller komputer.. mcm grafik card, lan, wifi, bios..gitu la.. sblum format download dlu ikut model pc anda driver tu. Save kat pndrive siap blake no 11 tu.. cucuk je pnrive tu install stu pe stu.

      Delete
  12. nak tanya driver tu nak masukkan time bila ye ?

    ReplyDelete
  13. Admin cmana kalau masa tiada keluar menu f2 dan f12 masa bios tu?? Logo acer je

    ReplyDelete
  14. Admin cmana kalau masa tiada keluar menu f2 dan f12 masa bios tu?? Logo acer je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...