Kini, Internet semakin meluas. Luasnya bak kata TM tiada sempadan. Di mana-mana saja kita boleh melayari internet tak kiralah anda berada di pejabat ke, sekolah ke ataupun di bilik termenung (Jamban). Semuanya mudah. Hanya dihujung jari saja. Perkhidmatan internet boleh dijana serendah RM1 dan ada kalanya percuma di kedai-kedai mamak sambil tengok perlawanan siaran langsung bolasepak di kaca TV. kepesatan taknologi ini dipermudahkan lagi dengan wujudnya telefon mudahalih pintar yang semakin menjadi kegilaan disetiap peringkat umur seluruh dunia.
Dengan kepesatan teknologi ini, masyarakat kini semakin melupakan salah satu dari sumber ilmu yang sejak dari dulu wujudnya sebelum internet, iaitu buku.
Buku. Senaskah buku yang tidak semahal mana semakin dilupakan. Adakah pengaruh internet menjadi salah satu sebab buku semakin dilupakan? Mengapa hal ini terjadi? Mengapa semakin lama buku semakin dilupakan?
Buku adalah sesuatu khazanah ilmu yang sangat bernilai. Tak kiralah apa jua jenis buku. Novel ke, buku ilmu ke sama saja. Asalkan buku. Buku membolehkan kita menguasai pelbagai jenis ilmu. Dengan buku, kita dapat mengenali perbagai situasi tak kira suka, gembira, sedih dan sebagainya. Aku masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu, pelbagai jenis buku cerita dongeng aku dah baca. Sang Kancil paling popular ketika itu. Memang taksub habislah, berkali-kali baca sampai boleh ceritakan semula pada kawan-kawan. Tengok, bertapa hebatnya kuasa buku.
Mungkin ada yang berpendapat internet telah menggantikan penguasaan buku untuk menyampaikan ilmu dan maklumat tapi pada aku, internet masih lagi tak dapat menandingi apa yang buku ada. Contohnya baca buku online masih lagi aku tak dapat feel daripada baca buku sebenar. Ini realitinya.
Langkah kerajaan memberi dana kepada pelajar untuk terus membeli buku dan melaksanakan program membaca peringkat kebangsaan memanglah patut dipuji. Kerajaan telah memberi Baucar Buku 1Malaysia dengan harapan pelajar dapat menggunakan bantuan berkenaan untuk kegunaan pembelajaran, minat membaca dan sebagainya. Tapi yang aku nampak hanyalah 40% menggunakan kemudahan ini untuk menbeli buku dan alat tulis. Selainnya digunakan untuk menampung kos membeli Hard Drive, tumbdrive dan alat elektronik lain. Inilah masyarakat kita. Kita kena faham.
Sebenarnya, tak semua masyarakat yang telah melupakan buku sebagai hobi. Ada juga masyarakat yang masih lagi sayang akan buku.
Aku juga addict dengan internet, tapi aku masih lagi membaca buku. Pada aku, buku masih lagi ada informasi yang tidak dapat diperoleh di Internet. Sama-sama kita fikir dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment