Tuesday, November 19, 2013

Bebel 3 : Kaki Game

Assalamualaikum.



Seperti ulasan sebelum ini, aku pernah huraikan mengenai teknologi. Entri kali ni pun aku nak sentuh pasal teknologi. Tapi berlainan dengan teknologi yang aku dah bebel sebelum ini, kali ni aku nak bebel pasal video game. 


Video game. Siapa yang tak pernah mai video game? Semua orang pernah kan? tak kiralah anda berada di mana sahaja mesti akan pernah merasai walaupun sekali untuk bermain permainan maya ini. Pelbagai platform boleh digunapakai untuk bermain video games antaranya adalah PC, Playstation, Xbox, WII dan sebagainya.


Tak dinafikan, aku juga seorang kaki game bak kata orang muda-muda 'Gamer'. Tapi aku tak main online game, aku hanya tertumpu pada offline game sahaja. Antara yang aku paling suka main adalah:


1. Call Of Duty : Black Ops




Game ni antara game kegemaran aku. Pada aku, ini the best first-person view game kategori shooting berpasukan. Call Of Duty pada aku dah banyak buat perubahan dari segi jalan cerita, grafik dan juga kepelbagaian senjata. Rating aku boleh bagi pada game ni 8/10.


2. Battlefield : Bad Company 2



Battlefield. First time aku main Battlefield keluaran EA ni masa kau Form 5, Battlefield Vietnam. Tapi Battlefield Bad Company 2 ni pada aku tak boleh lagi lawan kehebatan Call Of Duty walaupun grafiknya jauh lebih mengancam.
Rating aku boleh bagi, 7.5/10.


3. Sniper Ghost Warrior




Paling best untuk sniper game. Bullet cam, senjata dan menyelinap secara senyap adalah salah satu dari kelebihan yang ada pada game ni. First time aku main game ni aku dah jatuh hati pada grafik dan cara permainan. Rating aku boleh bagi 8/10.



4. Sniper Elite V2



Sniper Elite V2. Aku pernah main version 1 punya dan tak sehebat V2 ini. Paling mencuri tumpuan aku masa main game ini adalah bullet cam yang tersangat menarik. Berbanding Sniper Ghost Warrior, Sniper Elite V2 ini mengisahkan seorang penembak tepat di era WWII dimana masih menggunakan rifle lama seperti Mosin Sniper Rifle seperti dalam gambar. Rating aku boleh bagi 8/10.


5. FIFA 13




FIFA 13 adalah permainan video game sukan paling laris didunia. Bolasepak adalah salah satu nadi sukan utama didunia. FIFA telah memberi impak dalam mempersembahkan satu ciri permainan yang bertaraf tinggi dari segi grafik dan mod permainan. Rating yang aku boleh bagi 9/10.


6. Pro Evolution Soccer 13




PES13 adalah satu-satunya permainan berciri Bolasepak yang dikeluarkan oleh syarikat Jepun, KONAMI. PES13 tidak kurang hebatnya berbanding dengan FIFA13. Aku minat PES13 ini adalah kerana mod yang hanya ada di PES bukan di FIFA iaitu mod UEFA Champions League dan UEFA EUROPA League yang telah diberi lesen penyiaran kepada KONAMI. Rating yang aku boleh bagi ialah 7.5/10.


7. Grand Thief Auto IV




GTA4 salah satu game yang digilai ramai termasuklah aku. Aku sendiri sebenarnya tak habis lagi main game ni. Jadi aku tak boleh nak bagi rating. Hehehe.


Inilah antara games kegemaran aku diwaktu lapang. Aku sebenarnya hobi utama aku bukannya main video game tapi ikut pada nafsu jugak. Kalau rasa nak main, aku on je la PS dengan PC aku ni. Kalau nafsu tu tak ada, jangan harap nak main. 



Sunday, October 6, 2013

Bebel 2 : Buku dan Internet

Assalamualaikum

Kini, Internet semakin meluas. Luasnya bak kata TM tiada sempadan. Di mana-mana saja kita boleh melayari internet tak kiralah anda berada di pejabat ke, sekolah ke ataupun di bilik termenung (Jamban). Semuanya mudah. Hanya dihujung jari saja. Perkhidmatan internet boleh dijana serendah RM1 dan ada kalanya percuma di kedai-kedai mamak sambil tengok perlawanan siaran langsung bolasepak di kaca TV. kepesatan taknologi ini dipermudahkan lagi dengan wujudnya telefon mudahalih pintar yang semakin menjadi kegilaan disetiap peringkat umur seluruh dunia. 


Dengan kepesatan teknologi ini, masyarakat kini semakin melupakan salah satu dari sumber ilmu yang sejak dari dulu wujudnya sebelum internet, iaitu buku.


Buku. Senaskah buku yang tidak semahal mana semakin dilupakan. Adakah pengaruh internet menjadi salah satu sebab buku semakin dilupakan? Mengapa hal ini terjadi? Mengapa semakin lama buku semakin dilupakan? 


Buku adalah sesuatu khazanah ilmu yang sangat bernilai. Tak kiralah apa jua jenis buku. Novel ke, buku ilmu ke sama saja. Asalkan buku. Buku membolehkan kita menguasai pelbagai jenis ilmu. Dengan buku, kita dapat mengenali perbagai situasi tak kira suka, gembira, sedih dan sebagainya. Aku masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu, pelbagai jenis buku cerita dongeng aku dah baca. Sang Kancil paling popular ketika itu. Memang taksub habislah, berkali-kali baca sampai boleh ceritakan semula pada kawan-kawan. Tengok, bertapa hebatnya kuasa buku.


Mungkin ada yang berpendapat internet telah menggantikan penguasaan buku untuk menyampaikan ilmu dan maklumat tapi pada aku, internet masih lagi tak dapat menandingi apa yang buku ada. Contohnya baca buku online masih lagi aku tak dapat feel daripada baca buku sebenar. Ini realitinya.


Langkah kerajaan memberi dana kepada pelajar untuk terus membeli buku dan melaksanakan program membaca peringkat kebangsaan memanglah patut dipuji. Kerajaan telah memberi Baucar Buku 1Malaysia dengan harapan pelajar dapat menggunakan bantuan berkenaan untuk kegunaan pembelajaran, minat membaca dan sebagainya. Tapi yang aku nampak hanyalah 40% menggunakan kemudahan ini untuk menbeli buku dan alat tulis. Selainnya digunakan untuk menampung kos membeli Hard Drive, tumbdrive dan alat elektronik lain. Inilah masyarakat kita. Kita kena faham.


Sebenarnya, tak semua masyarakat yang telah melupakan buku sebagai hobi. Ada juga masyarakat yang masih lagi sayang akan buku. 


Aku juga addict dengan internet, tapi aku masih lagi membaca buku. Pada aku, buku masih lagi ada informasi yang tidak dapat diperoleh di Internet. Sama-sama kita fikir dan selamat beramal.


Bebel 1: Lain situasi, lain penyelesaian.

Assalamualaikum.

Sebelum aku bermula, aku dah buat survey sikit. Survey ni biasa-biasa saja. Cuma nak meriahkan lagi otak dengan soalan-soalan yang mudah. Survey ni dah aku beri pada 10 orang kawan aku dan dibawah adalah butiran-butirannya.


Pertamanya, adakah anda menghadapi situasi/penyakit seperti berikut?

  • Adakah anda seorang perokok?
  • Adakah anda seorang penagih dadah?
  • Adakah anda taksub pada fesyen?
  • Adakah anda obesiti?
  • Adakah anda sakit ulu hati?

5 soalan telah diberikan. Bagaimana mereka menangani situasi diatas? Apakah jawapan yang diberikan? Di bawah adalah antara jawapan-jawapan yang telah diberikan.


``1. Adakah anda seorang perokok?
  • 6 daripada 10 orang adalah perokok.
  • 2 daripada 6 orang perokok sedang dalam proses berhenti merokok
  • Cara penyelesaian berkesan : Hentikan membeli rokok. Ambil NiQuitin

``2. Adakah anda seorang penagih dadah?
  • 10 dari 10 orang bukannya penagih dadah.

``3Adakah anda taksub pada fesyen?
  • 3 daripada 10 orang terlalu taksub pada fesyen
  • Cara penyelesaian berkesan : Kaunseling

``4. Adakah anda obesiti?
  • 1 daripada 10 orang berbadan gemuk tapi bukan obesiti.
  • Cara penyelesaian berkesan : Kurangkan kolestrol, kerap bersukan.

``5. Adakah anda sakit ulu hati?
  • 1 daripada 10 orang kerap mengalami masalah pedih ulu hati.
  • Cara penyelesaian berkesan : Gaviscon.

Okay, sekarang baru aku nak mula membebel. Kenapa aku buat survey ni? apa maksud tersiratnya? buang masa?


Aku cuma nak tunjukkan kat hangpa semua pasal cara penyelesaian sesuatu masalah adalah berbeza mengikut situasi yang sedang dihadapi. Keputusan yang diambil juga ada dua spesifikasi; positif atau negatif. Kita sebenarnya hidup tidak lari dari sesuatu masalah. Cuma cara menangani biasanya tak sama bagi setiap individu. Kita sebenarnya telah pun diberi pilihan untuk jawapan setiap masalah dan kita perlu memilih kearah manakah sesuatu jawapan itu dijanakan.


Sebagai contoh seperti soalan pertama; Adakah anda seorang perokok? Jawapan yang aku dapat cuma dari 6 orang perokok. Hanya 2 orang dalam proses henti rokok dengan menyahut seruan kerajaan "Katakan Tidak Pada Rokok". Lagi 4 orang tak mahu henti merokok? kenapa? korang tahu kan ianya suatu pembaziran. Antara alasan yang diberi ialah kurangnya daya ketahanan henti rokok, tiada bimbingan, ketagihan yang tidak terkawal dan sebagainya. Dalam soal ini, bimbingan adalah benda paling mustahak untuk membantu individu itu untuk berhenti merokok. Beri bimbingan kepada si perokok untuk henti merokok dengan mengenal pasti punca. Kebanyakkan punca bermulanya individu itu merokok adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Ini adalah punca mengapa seseorang itu bermula hampir kepada rokok. Beri bimbingan, jangan pinggirkan golongan ini kerana mereka perlukan bantuan untuk kekal sihat. Pelbagai cara boleh digunapakai dalam proses henti rokok ini. Antaranya mulakan cara hidup yang sihat, pengambilan NiQuitin dan hindari rakan yang merokok.


Secara gloablnya, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Apa jua masalah termasuklah masalah keluarga, cinta, kewangan dan sahabat boleh diselesaikan dengan cara yang lebih positif. Hindarilah gejala negatif seperti rempit, dadah dan jenayah dengan alasan diri diselubungi masalah. Kita dikurniakan otak untuk berfikir. Jangan sia-siakan anugerah yang telah dikurniaan. Anda mampu mengubahnya.

Saturday, October 5, 2013

Bola di Malaysia

Assalamualaikum 


First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada The Red Warrior atas kemenangan ke atas Johor Darul Takzim di suku akhir saingan Liga Malaysia. Kemenangan besar 6-1 di laman sendiri setelah tunduk di pusingan pertama 4-2 di Larkin. Walaupun aku fan JDT, tapi Tahniah diucapkan!


Bolasepak di Malaysia sememangnya semakin menjadi tumpuan terutamanya penyokong di Malaysia sendiri sudah ramai turun ke stadium menyokong dan memeriahkan kemeriahan bolasepak tanah air. Kita sepatutnya berbangga dengan liga kita yang sedia ada yang sememangnya semakin lama semakin menarik. 


Liga Tempatan bermula dengan Liga Semi-pro, di naik taraf ke Liga Perdana Malaysia dan sekarang kepada Liga Super. Maksud Liga Super sebenarnya umpama pasukan yang menghuni dalam liga tersebut boleh dikatakan berada ditahap professional dan sepatutnya setaraf dengan top liga di Asia.


Akan tetapi, kebanyakkan mungkin tidak mengetahui kemeriahan bolasepak sering di halang oleh golongan yang ingin mengaut keuntungan tidak halal. Antaranya bookie bolasepak, rasuah dan sebagainya. Ini boleh membantutkan kemeriahan dan kebangkitan bolasepak tanah air. Kelemahan pengurusan juga boleh menjadi faktor mengapa bolasepak diMalaysia masih lagi di takuk yang lama. Kelemahan berpunca dari individu yang tidak mahir dalam selok-belok bolasepak dan dipilih hanya kerana pengaruh besar. Kebanyakkan situasi seperti ini biasanya hanya tahu bagaimana ingin mentadbir, tapi tidak tahu cara menghadapi situasi getir dan bermasalah. Menteri baru KBS, YB Khairy Jamaluddin adalah salah seorang menteri muda yang boleh dikatakan berkaliber untuk menguruskan hal ehwal sukan dan belia di Malaysia. 


JDT, pasukan lama yang dipertingkatkan dan di re-branding menjadi pasukan yang memberi saingan baru kepada pasukan di Liga Super adalah satu contoh pasukan yang diberi nafas baru oleh TMJ. Akan tetapi, pasukan baru tak semestinya hebat diawal saingan. JDT perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemain-pemain berstatus bintang untuk sebati didalam sebuah pasukan. Jujur pada aku, ada baik buruknya pembelian pemain luar yang terlalu mahal masuk kedalam pasukan ini. 


Antara kebaikan yang boleh dilihat:

  • Memperkenal pasukan ke dunia luar
  • Memberi saingan kepada pemain
  • Menarik penaja dan penyokong memenuhi stadium


Antara keburukan yang boleh dilihat:

  • Pembaziran
  • Kualiti tak setaraf dengan gaji
  • Persembahan pemain tempatan mula akan tenggelam

Ini cuma pandangan aku. Kalau ada yang lain sila kemukakan. Aku suka kalau kita berkongsi pendapat.


Apa-apa pun. Majukanlah sukan demi Negara. Siapa lagi nak majukan kalau bukan kita sendiri.



Mula Membebel Kembali

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia. 


Entri hari ni aku tak ada idea. Nak menaip pun malas sebab keyboard laptop aku ni ada masalah kekunci. Kekunci Z,X,V,B dan SPACE ada masalah. Susah kali ni aku nak menaip dan aku berterima kasih pada On-Screen Keyboard yang sedia membantu aku.


Sebenarnya macam-macam aku nak kongsi dengan anda semua. Tapi entah kenapa tiba-tiba idea kejap ada kejap tiada. Otak aku sekarang sedang bercampur-aduk. Macam-macam aku fikir. Ada yang patut dikongsi, ada juga yang tak patut.


Okay antara buah fikiran yang mungkin aku nak kongsikan adalah seperti dibawah:


  • Isu Politik, Pentadbiran.
  • Sukan.
  • Hak asasi Manusia.
  • Teknologi, gajet.
  • Isu semasa, Kenaikan harga.
  • Cinta

Haish, kalau ikutkan hati semua aspek diatas aku akan sentuh. Tapi satu-satu dulu. Kali ini aku nak meyentuh aspek Isu semasa.


Semua orang tau Isu yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia kini adalah isu kenaikan harga bahan bakar sebanyak RM0.20 untuk RON95 dan RM0.15 untuk RON97. Kenapa naik harga? Harga Petroleum dunia naik lagi?


Mengikut sumber-sumber dari orang ramai, kerajaan dan Menteri harga bahan bakar tak naik, cuma subsidi dikurangkan sebagai langkah kerajaan berjimat-cermat kerana kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi bahan abkar yang berbillion Ringgit setiap tahun. Kenapa kerajaan sedang berjimat cermat? Bukankah Menteri kata ekonomi negara kita ini begitu stabil? Timbul pelbagai persoalan mengapa kerajaan mengumumkan langkah berjimat cermat. Ada yang berpendapat kerajaan nak cover balik kos yang telah dikeluarkan semasa kempen PRU13 lepas. Salah satu langkah yang kerajaan laksanakan adalah mengurangkan subsidi bahan bakar dan juga kenaikan cukai rokok dan arak. Bagi kenaikan harga rokok dan arak tu aku sokong 100% kerana rokok dan arak membahayakan kesihatan. Akan tetapi, rakyat Malaysia ada produk pengganti sedia ada dan harganya yang jauh lagi murah iaitu rokok seludup. Kerajaan kata rokok seludup sangat berbahaya. Aku pulak cakap rokok mana yang tak bahaya. Semua boleh mengakibatkan kematian. Kerajaan memberi alasan harga rokok naik adalah untuk menyekang kemasukan rokok seludup yang semakin menjadi kegilaan rakyat Malaysia untuk digantikan dengan rokok HALAL yang semakin mahal. Munasabahkah? 


Berbalik pada soal bahan bakar tadi. RON95 adalah bahan bakar pilihan rakyat yang berpendapatan sederhana dan juga berpendapatan tinggi. Walaupun kenaikan harga bahan api ini cuma RM0.20 seliter, ianya  telah membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana. Bantuan B1RM sememangnya tak cukup untuk menampung kos kenaikan ini. Sepatutnya, B1RM itu disalurkan kepada subsidi bukannya cash money kepada rakyat. Ianya dapat mengurangkan beban rakyat daripada RM500 yang seminggu dah habis belanja.


Aku bukannya pakar ekonomi. Aku cuma melihat dari aspek positif. 


Aku ada satu lagi nak dikongsikan kepada semua. Isu Ringgit jatuh harga. Baru-baru ni aku terjumpa video ni di Youtube. Nah tengok di sini.


Aku tak berapa pasti video ini dah lama atau baru tapi kejatuhan Ringgit Malaysia ke RM2.50 sedolar Singapura perlu diambil serius oleh semua rakyat. Penurunan ini akan memberi impak yang lebih besar kepada ekonomi negara kita. Nak tahu impak apa, sila tanya pakar ekonomi. Aku cuma kongsi saja.


Aku harap semua dapat fahami apa yang telah aku kongsikan hari ni. Sememangnya kita kena faham tentang isu kenaikan harga. Semakin tahun semakin naik. Tapi, kenalah ikut kepada pendapatan isi rumah di Malaysia. Kita bukan macam negara Arab. Kita cuma negara membangun. Kerajaan perlu kurangkan hutang antarabangsa, bukannya kerah rakyat bayar cukai dan harga yang tinggi dalam negara sendiri.


Thursday, January 10, 2013

Semangkuk Meggi 4 : Twitter dan isinya

Assalamualaikum. Khamis malam Jumaat. Eh, sekarang dah Jumaat. Khamis semalam. Jadi, aku ada sedikit masa nak conteng blog hari ini.


Ok merujuk pada tajuk harini lebih berkaitan dengan salah satu laman sosial yang popular didunia, iaitu Twitter. Siapa ada akaun twitter? 


Ada? bagus! Boleh follow aku. Kalau nak la. Tiada paksaan untuk follow aku, nanti aku follow balik. Nah tekan ini.


Aku bukan nak cerita pasal akaun twitter ke, sejarah twitter ke apa ke. TAK. aku cuma nak cerita berkenaan dengan isi yang biasa di 'tweet' segelintir daripada follower aku. Kiranya aku macam nak buat luahan perasan la sikit. Keh keh keh.


Follower aku semuanya baik-baik belaka. Ada dikalangan mereka suka menonjolkan diri sebagai 'tweet famous', penggiat isu semasa dan macam macam lagi la. Bak kata kawan aku, mereka umpama tweet pujangga alam. Hahaha. 


Dulu aku ni agak kerap la jugak tweet-tweet macam dah tak ada dunia lain lagi nak layan. Sampaikan aku terlalu taksub dengan twitter ni, subscribe BIS semata-mata nak online twitter through phone. Pergh, nampak kan aku punya komitmen. dah boleh dapat anugerah nilam lu tahu. Sekarang aku dah agak kurang tweet kerana aku rasa lebih baik aku kurangkan tweet dari hasilkan hasil kerja yang teruk. Sebab tu aku makin slow sekarang.


Sejak aku ada akaun ni, macam-macam jenis orang aku nampak kat Twitter ni. Ada yang jual barang, promote link, Doktor Cinta, Pujangga Alam maya, pelawak. Macam-macam lah. Tapi aku nak tekankan sikit kali ini hanya pasal tweet seperti Doktor Cinta. 


Ha, tak tahu apa itu tweet doktor cinta? Meh aku tunjukkan sedikit contoh yang tepat :


Kenangan kadang kadang buat kita tersenyum, even kenangan tu kita dengan ex kita. Dan kadang kadang kenangan buat kita menangis sampai pagi.

Saya Sayang DIA, Saya taknak kehilangan DIA. Dia ada DALAM HATI saya. Saya memerlukan dia setiap saat dan saya sayangkan DIA ♥

I suka you, i sayang you, i rindu you, i nak bersama dengan you, i nak jaga you, i nak bahagia dengan you, i nak you tahu iloveyou.

Saya benci bila awk lebihkn kawan awk berbanding saya. Kawan mmg penting tp saya lagi penting. Adakah mereka yg bakal jadi bini awk nanti?

Saya DIAM sebab saya taknak MENYAKITI hati awak seperti mana awak buat pada saya. Saya SENYUM sebab saya nak jaga hati orang yg saya sayang.


Ok ni adalah selingan dari ribuan tweet cinta yang masuk dalam Timeline aku. Amacam? Bila baca boleh menangis kan? Keh Keh Keh Keh. Maaf aku copy tweet ini. Pada yang berkenaan, aku cuma nak buat rujukan sahaja.


Hrm. . . . . . `


Aku tak tahulah kalau korang suka pujangga-pujangga seperti diatas ni, tapi aku kurang sikit. Kalau sekali-sekala tu aku boleh la baca dan hayati. Semua orang pun ada hati dan perasaan. Aku pun ada. Tapi janganlah hari-hari. Penuh Timeline aku dibuatnya. 5-6 kali scroll baru nampak tweet member-member aku. Jaki kan. Kadang-kadang sakit hati kot. Macam kau seorang saja bercinta dalam dunia ni. Member-member aku bercinta tak pula jadi seperti ni. Taksub bebenor.


Itu baru tweet, belum Retweet. Mahu beratus jugaklah yang masuk timeline aku tiap-tiap hari. Retweet boleh, tapi janganlah banyak-banyak. kalau boleh jaga perasaan orang lain jugak. Apa yang boleh aku buat, aku block saja itu orang. Aku cuma nak orang tweet yang biasa-biasa saja. Ada juga yang aku tak block sebab aku kenal. Kalau block kan rasa tak sedap pulak nanti, nanti boleh dikatakan sombong tak bertempat pula. Jadi, segelintir itu aku biarkan saja.


Baik, aku cuma boleh nasihat sikit. Hangpa semua muda lagi. Jangan hanyut dengan godaan ayat cinta ini. Muda-muda ni lah kena berbakti. Itu je aku boleh cakap. Cinta itu nombor 4. Nombor 1,2 dan 3 hangpa fikirlah sendiri.



Wednesday, January 9, 2013

Semangkuk Meggi 3 : Rebat RM200 untuk telefon bimbit.

Assalamualaikum. Haha. Lama dah tak update ni. Bukan busy tapi malas nak menaip. Idea pun kering nak kongsi dalam blog ni. Tapi takpa, lepas ni mungkin aku akan selalu update. Muahaha.


Oklah isu kali ni berkenaan dengan Rebat RM200 untuk telefon pintar.



Pergh gila ah. Dapat rebat beb. Cayalah kerajaan. Memang rakyat didahulukan betul! - Mahasiswa Universiti swasta.



Haha, suka kan? dapat rebat untuk beli handphone. Bukan senang nak dapat tu. RM200 pula tu. Dah la banyak, handphone sekarang pun makin murah. memang akan dapat lebih penjimatan la. Haha


Semua orang pun suka dapat bonus. Rebat ni pun kiranya macam reward dari kerajaan sebab jadi rakyat Malaysia bawah umur 30 tahun. Bangladesh, Nepal, Honduras, Brazil dan Uruguay tak dapat rebat ni beb. Nak dapat kena lahir kat Malaysia dulu atau jadi warganegara Malaysia yang bertauliah. Haha. Sekarang telefon pintar ni dah merata ada, baik yang murah mahupun yang mahal. Peranti Android dikatakan lebih ekonomi dan mesra pelanggan berbanding dengan peranti yang lain. Ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.


Ok stop dulu bebel benda yang menyimpang tajuk tadi, kita fokus pada tajuk utama. Mungkin orang ramai masih tak nampak apa yang dimaksudkan dengan pemberian rebat ini. Rebat ini untuk membantu belia-belia negara kita untuk lebih berilmu pengetahuan dalam bidang teknologi selain membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk membeli gajet ini. Dalam membuat permohanan rebat ini, anda perlu meneliti beberapa terma dan syarat yang telah ditetapkan. Syarat-syaratnya adalah :


  • Hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur dari 21-30 tahun
  • Pendapatan bulanan adalah sebanyak RM3,000 dan ke bawah
  • Model Telefon Pintar (Smartphone) bawah harga RM500
  • Setiap Belia hanya layak untuk membeli satu telefon pintar
  • Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih mereka yang sedia ada atau memohon untuk pakej baru



Abaikan syarat yang ketiga. Kerajaan telah meminda syarat untuk menghadkan hanya telefon pintar RM500 kebawah. Kiranya kerajaan dah setuju untuk membolehkan semua jenis telefon pintar layak untuk menggunakan rebat ini.


Aku hanya tertarik dengan syarat kelima. Syarat untuk memohon pakej baru.


Ermmmmm . . . . . . . 


Apa pandangan hangpa semua? Nak pakai rebat ni kena daftar pakej postpaid baru. Mungkin ada diantara kita yang agak keberatan terutamanya pelajar universiti. Mana tak nya nak kena bayar sewa rumah, makan minum, buku, alat tulis. Macam-macam lagi la.


Aku bukan tak bersyukur, jangan pulak anda semua salah anggap. Tapi aku simpati dengan orang yang tak berkemampuan kalau bertul-betul nak pakai telefon pintar ni tiba tiba kena langgan postpaid dahulu. Mungkin mereka agak keberatan. Aku pun agak keberatan juga sebabnya aku cuma pakai BIS sebulan RM20 ringgit saja. Tak mampu den nak pakai postpaid bulanan dan ikat kontrak dengan syarikat perkhitmatan talian. Kepada yang sudah sedia ada mengguna khidmat pascabayar, ini satu kelebihan pada mereka.


Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku. Aku tak kisah. Cuma rasa tak berbaloi semata-mata nak rebat ni kena ikat kontrak selama setahun. Ada yang dua tahun. Kepada yang mampu tu, sila abaikan pendapat aku. Haha


Kerajaan cuma nak membantu, aku faham niat mereka. Sebab aku pun memohon rebat ni. Aku rasa prabayar pun sudah memadai untuk melayari internet jika diperlukan. Mungkin di rumah sudah tersedia WIFI. 


Jangan ambil hati dengan nukilan aku ni ye. Hehehehe



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...