Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1Malaysia.
Entri hari ni aku tak ada idea. Nak menaip pun malas sebab keyboard laptop aku ni ada masalah kekunci. Kekunci Z,X,V,B dan SPACE ada masalah. Susah kali ni aku nak menaip dan aku berterima kasih pada On-Screen Keyboard yang sedia membantu aku.
Sebenarnya macam-macam aku nak kongsi dengan anda semua. Tapi entah kenapa tiba-tiba idea kejap ada kejap tiada. Otak aku sekarang sedang bercampur-aduk. Macam-macam aku fikir. Ada yang patut dikongsi, ada juga yang tak patut.
Okay antara buah fikiran yang mungkin aku nak kongsikan adalah seperti dibawah:
- Isu Politik, Pentadbiran.
- Sukan.
- Hak asasi Manusia.
- Teknologi, gajet.
- Isu semasa, Kenaikan harga.
Cinta
Haish, kalau ikutkan hati semua aspek diatas aku akan sentuh. Tapi satu-satu dulu. Kali ini aku nak meyentuh aspek Isu semasa.
Semua orang tau Isu yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia kini adalah isu kenaikan harga bahan bakar sebanyak RM0.20 untuk RON95 dan RM0.15 untuk RON97. Kenapa naik harga? Harga Petroleum dunia naik lagi?
Mengikut sumber-sumber dari orang ramai, kerajaan dan Menteri harga bahan bakar tak naik, cuma subsidi dikurangkan sebagai langkah kerajaan berjimat-cermat kerana kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi bahan abkar yang berbillion Ringgit setiap tahun. Kenapa kerajaan sedang berjimat cermat? Bukankah Menteri kata ekonomi negara kita ini begitu stabil? Timbul pelbagai persoalan mengapa kerajaan mengumumkan langkah berjimat cermat. Ada yang berpendapat kerajaan nak cover balik kos yang telah dikeluarkan semasa kempen PRU13 lepas. Salah satu langkah yang kerajaan laksanakan adalah mengurangkan subsidi bahan bakar dan juga kenaikan cukai rokok dan arak. Bagi kenaikan harga rokok dan arak tu aku sokong 100% kerana rokok dan arak membahayakan kesihatan. Akan tetapi, rakyat Malaysia ada produk pengganti sedia ada dan harganya yang jauh lagi murah iaitu rokok seludup. Kerajaan kata rokok seludup sangat berbahaya. Aku pulak cakap rokok mana yang tak bahaya. Semua boleh mengakibatkan kematian. Kerajaan memberi alasan harga rokok naik adalah untuk menyekang kemasukan rokok seludup yang semakin menjadi kegilaan rakyat Malaysia untuk digantikan dengan rokok HALAL yang semakin mahal. Munasabahkah?
Berbalik pada soal bahan bakar tadi. RON95 adalah bahan bakar pilihan rakyat yang berpendapatan sederhana dan juga berpendapatan tinggi. Walaupun kenaikan harga bahan api ini cuma RM0.20 seliter, ianya telah membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana. Bantuan B1RM sememangnya tak cukup untuk menampung kos kenaikan ini. Sepatutnya, B1RM itu disalurkan kepada subsidi bukannya cash money kepada rakyat. Ianya dapat mengurangkan beban rakyat daripada RM500 yang seminggu dah habis belanja.
Aku bukannya pakar ekonomi. Aku cuma melihat dari aspek positif.
Aku ada satu lagi nak dikongsikan kepada semua. Isu Ringgit jatuh harga. Baru-baru ni aku terjumpa video ni di Youtube. Nah tengok di sini.
Aku tak berapa pasti video ini dah lama atau baru tapi kejatuhan Ringgit Malaysia ke RM2.50 sedolar Singapura perlu diambil serius oleh semua rakyat. Penurunan ini akan memberi impak yang lebih besar kepada ekonomi negara kita. Nak tahu impak apa, sila tanya pakar ekonomi. Aku cuma kongsi saja.
Aku harap semua dapat fahami apa yang telah aku kongsikan hari ni. Sememangnya kita kena faham tentang isu kenaikan harga. Semakin tahun semakin naik. Tapi, kenalah ikut kepada pendapatan isi rumah di Malaysia. Kita bukan macam negara Arab. Kita cuma negara membangun. Kerajaan perlu kurangkan hutang antarabangsa, bukannya kerah rakyat bayar cukai dan harga yang tinggi dalam negara sendiri.
No comments:
Post a Comment