Next aku dan kereta Epy yang ketinggalan jauh tu cubalah memecut untuk mengejar. Akan tetapi, kami tersalah jalan lagi. Terpaksalah cari orang nak tanya. Dan akhirnya sampai juga ke Putrajaya. Mula2 aku pun x tau nak wat pe kat Putrajaya ni, jadi aku pon amik la gambar dulu. Yang lain pon turut sama menyertai. Aku xpernah sampai sana, memanglah agak jakon. Yang kat sebelah kiri ni namanya Azlee, dia ni penumpang kereta kedua. Sempat lagi dia pose gaya Katty Perry. Lantak ko la Azlee. Ha, jangan lupa add dia kat Facebook. Dari hari tu dia dok ingatkan aku.
Dalam masa yang sama juga, kami pon solat Zohor dia sana. Tiba2 selepas kami solat, kami diarahkan oleh tuan President untuk ke Serdang. Iaitu Mardi. Aiseh, baru je nak lepak tengok konsert. Tapi xpe, tugas mesti diselesaikan terlebih dahulu. Perjalanan ke Serdang mengambil masa 2 jam. Ha? betol ke? Betol. Kitorang sampai tawaf Putrajaya 2 kali. Apa la punya bangang kitorang. tapi akhirnya sampai tepat jam 5. Haha. Hebat bukan? Yang sebelah kanan ni plak yang beranak panah kuning namanya Randy. Dia ni asik ngan notebook dia yang "platinum" tu je. Sejak beli xpernah lekang dengan buku dia tu. Yang anak panah Hitam tu plak Zaidi, seorang pemuda yang berpotensi menjadi Ahli bina badan. Beliau juga Penyokong setia Germany. Ok, sesampainya di Mardi, kami pun tengoklah tapak untuk Event kami nanti. Siap leh kira2 lagi. ada yang siap amik gambar tanda kenang2an lagi. Ha, yang kat kiri atas ni pula namanya Ameer. Dia ni pelik sedikit. Tengoklah gambarnya. Aku terpaksa tapis kerana akan mengakibatkan penyakit kencing tidak lawas kepada sesiapa yang melihatnya. Haha.
Setelah bertungkus lumus mencari idea dan mencari cara untuk event nanti, kami pon bertolak balik. Kami sempat mengambil gambar kenang2an tanda kerjasama diantara 7 orang sekawan.
Dari kiri: Ikram, Randy, Ameer, Azlee, Zaidi, Epy, Aku |
No comments:
Post a Comment