Monday, January 10, 2011

Meggi 4 : Siapa nak beli aku punya a200?

Assalamualaikum. Entry kali ni lebih kepada jual beli. Ni aku nak habaq mai satu benda nak tunjuk kat hang ni. nak tu apa? Nah, Ambik ni :





Ni la DSLR terkini aku. Sony Alpha a200 buatan jepun. Kenapa aku tunjuk gambar ni? Sebabnya aku nak let go la. Nak pakai Canon lak. Saja nak jump ship tukar brand lak. Ada sesiapa berminat?

Barang ni aku jual satu set :

  • Kamera a200
  • Kit lens 18-55mm
  • Baterry
  • Charger
  • Usb cable
  • Bag kamera (tapi beg nikon, hehe)
  • CF card 4GB
  • UV filter 55mm


Berapa harganya? Dalam RM850-900 sahaja. Tertakluk pada terma dan Syarat. barang memang baik lagi, selalu buat job pakai benda alah ni.


Ada sesiapa nak? Email je lah. Ni email aku mohammadansar33@yahoo.com




Wednesday, January 5, 2011

Semangkuk Meggi 3 : Jersi oh Uptown.

Bro, jersi Malaysia ada?


Ada, biru ngan kuning pun ada. Saiz apa nak?


Saiz s ada? Lengan panjang ada?


Semua ada. Ni hot item bro!




Berdasarkan dialog diatas, senaraikan perkataan-perkataan yang tidak bersesuaian dan betulkan dialog diatas.




Apa yang aku merepek ni? Gila ke apa? Siapa yang baca ni memang dia gay. Kah kah kah.


Ok lah, ni baru aku nak cerita. Baru baru ni aku berkunjung ke Uptown Shah Alam. Biasanya aku ni pergi sana bertujuan nak beli baju bola je. Aku beli baju Liverpool tempoh hari. Itu pun aku beli kat Uptown.


Tapi kan, barang-barang kat sana semuanya tiruan kan? Sama la macam cetak rompak. Korang tak terfikir ke ianya sama seperti DVD cetak rompak. Kenapa pula hanya DVD,VCD,CD cetak rompak sahaja dibenteras? Kenapa?


Kalau semua benda tiruan dibenteras, tiadalah Uptown dimuka bumi ini. Kalau semua ori sahaja, alamatnya nak kena dapat gaji RM10000 sebulan dulu baru leh beli semua barangan yang original. Gila kentang la!


Contohnya DVD la, yang ori leh cecah dalam RM30 sekeping. Yang pirate punya baru RM6. Jimat RM24 tu. kalau kau lah, mana kau pilih? mesti yang murah kan?


Anyway, kita kena sahut seruan kerajaan hapuskan DVD cetak rompak. Kita jangan beli, kita download sahaja. Jangan copy bagi sesiapa. Beli jersi ciplak tak apa, tak kena tangkap polis (macam tu plak)!







Teringat Game ni. Harap-harap Malaysia mengekalkan prestasi cemarlang di peringkat antarabangsa.



Semangkuk Meggi 2 : Hidup Tahun 2011!

Tahun 2011. Tahun baru 2011. Masa macam ni la semua orang nak ada azam baru. Antara azam-azam yang tersenarai yang aku biasa dengar iaitu:


Aku nak belajar bersungguh-sungguh.

Aku nak lebih matang.

Aku nak menabung.

Aku tak nak pakai bag plastik.

Aku tak mahu mengundi Barisan Nasional.


Okkkkkk...

Semua azam-azam diatas dah biasa bangat kita dengarin. Yang tak biasa kita dengar pun ada. Yang tak pernah dengar pun ada jugak. Antaranya:


Aku nak jadi Gay yang berjaya.

Aku nak bela kambing sampai jadi jutawan.

Aku nak melancong ke Nicaragua.

Aku nak lebih Bulu malu.


Okkk... Kah Kah kah!

Adakah anda ada azam baru? Mungkin ada, mungkin tiada. Kadang-kadang aku terfikir, ni semua azam-azam ni diorang betul-betul buat ke? Aku harap buatlah. Kalau tak buat, sia-sia je korang berazam. Kan-kan?

Aku jarang juga dengar azam nak memperbetulkan diri yang telah tak betul (yang tak betul la). Ni azam yang pelik-pelik je. 


Baik berazam nak jadi macam Lee Chong Wei. Kumpul 7 biji Dragon Ball, pastu wish kat naga tu mintak jadi cam dia. Ha ha ha.






Tuesday, January 4, 2011

Semangkuk Meggi 1.

Baru- baru ni Malaysia mencipta sejarah dengan memenangi AFF SUZUKI CUP buat pertama kalinya. Tapi, bukan itu yang aku nak cerita kali ni. Aku nak cerita benda lain sebenarnya. Oh ya, tahniah diucapkan kepada Pasukan Malaysia dan Khairul Fahmi yang telah dilamar oleh Manchester United.



KAH. KAH. KAH!



Aku merepek je la. Jangan sesiapa saman aku dah la pasni. 


Oklah, apa perasaan anda semua apabila ada orang mengganggap anda sebagai KAYU. Saya ulangi, KAYU.
Kenapa pulak aku cakap macam ni sebab ade orang cakap banyak kali dengan aku benda yang sama dalam 1 masa. Ingat aku ni kayu ke? Ataupun si dungu yang banyak kali cakap baru faham. Cakap sekali sudahlah. 

Ni aku mula rasa nak marah ni.   





Kang aku marah dia, dia marah aku balik. Tak guna tol.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...