Wednesday, January 5, 2011

Semangkuk Meggi 3 : Jersi oh Uptown.

Bro, jersi Malaysia ada?


Ada, biru ngan kuning pun ada. Saiz apa nak?


Saiz s ada? Lengan panjang ada?


Semua ada. Ni hot item bro!




Berdasarkan dialog diatas, senaraikan perkataan-perkataan yang tidak bersesuaian dan betulkan dialog diatas.




Apa yang aku merepek ni? Gila ke apa? Siapa yang baca ni memang dia gay. Kah kah kah.


Ok lah, ni baru aku nak cerita. Baru baru ni aku berkunjung ke Uptown Shah Alam. Biasanya aku ni pergi sana bertujuan nak beli baju bola je. Aku beli baju Liverpool tempoh hari. Itu pun aku beli kat Uptown.


Tapi kan, barang-barang kat sana semuanya tiruan kan? Sama la macam cetak rompak. Korang tak terfikir ke ianya sama seperti DVD cetak rompak. Kenapa pula hanya DVD,VCD,CD cetak rompak sahaja dibenteras? Kenapa?


Kalau semua benda tiruan dibenteras, tiadalah Uptown dimuka bumi ini. Kalau semua ori sahaja, alamatnya nak kena dapat gaji RM10000 sebulan dulu baru leh beli semua barangan yang original. Gila kentang la!


Contohnya DVD la, yang ori leh cecah dalam RM30 sekeping. Yang pirate punya baru RM6. Jimat RM24 tu. kalau kau lah, mana kau pilih? mesti yang murah kan?


Anyway, kita kena sahut seruan kerajaan hapuskan DVD cetak rompak. Kita jangan beli, kita download sahaja. Jangan copy bagi sesiapa. Beli jersi ciplak tak apa, tak kena tangkap polis (macam tu plak)!







Teringat Game ni. Harap-harap Malaysia mengekalkan prestasi cemarlang di peringkat antarabangsa.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...