Thursday, May 26, 2011

Kau pakai, aku kena.

Anda semua biasa kan berurusan dengan pihak bank? Biasanya anda pergi ke bank dengan pelbagai urusan. Antaranya yang aku tau :



  • Pergi ke mesin ATM, masuk kad, tekan pin, tekan jumlah, duit keluar.

  • Pergi kaunter, keluarkan buku bank, buat simpanan.

  • Pergi kaunter, jumpa banker, cakap nak buka akaun.

Betul tak?


Tapi yang aku nak cerita sekarang bukan pasal point diatas. Pernah tak bank telefon anda sebab anda sebagai penjamin pinjaman? Kalau tak pernah, ada dialu-alukan membaca entri ini.


Satu hari, mase aku sedang enak menikmati roti canai dan teh o ais limau di sebuah kedai mamak tiba-tiba satu panggilan mengejutkan aku. Dari *** Bank pasal pinjaman member aku ni. Dia sangkut beribu jugak la. Aku pun tak tau bila masa aku compom jadi penjamin. Dia tak mintak aku sain ape-ape pun. Tiba-tiba je dia mintak aku call member aku ni sebab dia tak dapat nak hubungi BELIAU.


Aku pun cuba hubungi member aku ni. Tak dapat jugak. Aku biar je la (nanti dia settle la tu).


Masuk hari ni, dah 7 kali bank telefon aku (berlainan bank plak tu). Cakap benda yang sama lak tu. Aku naik bosan plak dengar, naik marah pun ada (bukan dengan bank, dengan member aku la). 



Ada ketika tu, dia nak hantar report kat Bank Negara sebab nak blacklist kan nama aku dengan member aku dari sebarang pinjaman. Pergh, pedih ulu hati aku rasakan! (minum Gaviskon pon tak gua).


Ok, apa korang rasa bila terjadi seperti ini pada korang? Aku tak tahu menahu pasal benda ni tiba-tiba je termasuk sekali dalam masalah ni. Sudahlah, aku akan cuba jugak tanya member aku supaya BELIAU settlekan masalah ni secepat mungkin. CIS!




Pinjam tak apa, janji tak susahkan sesiapa. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...