Sunday, May 29, 2011

Sedap ke makanan dengan gelatin babi?

Kini heboh dengan produk makanan yang mengandungi bahan terlarang (haram) yang sudah diklasifikasikan oleh syarak sebagai tidak halal. Antara produk yang baru-baru ini terbongkar adalah produk minuman daripada Kluang Kopitiam (Kluang Station).




Asal Usul Kluang Station adalah di daerah kelahiran aku, Kluang yang telah wujud sejak aku belum dilahirkan lagi (yeke?). Kluang station kopitiam yang asli dan terawal adalah betul-betul di terminal keretapi Tanah Melayu Kluang dan menjadi santapan pagi setiap pengunjungnya setiap pagi. Memang popular dengan roti bakarnya yang lazat.




Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa Produk yang mereka keluarkan mengandungi gelatin babi. Hal ini telah disahkan oleh Jakim setelah siasatan dijalankan.


Tapi, Jakim tak boleh ambil tindakan kerana:

  • Tiada logo pengesahan Halal oleh Jakim pada premis.


Baru baru ni pula, timbul pula cerita tentang Secret Recipe pun guna gelatin babi. Patutlah mahal. He he he.


Eh, jangan salah sangka. Secret Recipe ni bukannya Secret Recipe yang banyak cawangan tu. Premis ni dikenali dengan nama Puratos yang menggunakan nama Secret Recipe, sama seperti Secret Recipe yang berterabur di Malaysia. Nak makan boleh, asalkan bukan nama Puratos ni.

Buktinya ini:




Tapi bagi aku la, toksahlah asik nak berFast food je. Aku bukan suka makan Fast Food ni. Orang yang suka makan Fast Food ni je akan risau nak cari fast food yang halal kelak. He he he.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...