Tuesday, May 24, 2011

Tanah Runtuh Bagaikan Bom Jengka.

Satu fenomena terbaru berlaku di tanah kebanggaan kita, kejadian tanah runtuh yang berlaku mengorbankan 16 nyawa yang terdiri daripada anak-anak yatim yang sedang membuat persiapan untuk satu majlis yang berlangsung pada hari terjadinya tanah runtuh berkenaan. Bagaimana hal ini boleh berlaku?


Umumnya, kita memang mengetahui bahawa negara kita bebas dari sebarang tindakbalas gunung berapi dan gempa bumi kerana kita berada diluar kawasan lingkaran api pasifik. Akan tetapi, kita patut menyedari bahawa tiada yang mustahil di dunia ini boleh berlaku lebih-lebih lagi kita sekarang berada di akhir zaman. Pelbagai perkara boleh berlaku diluar jangkaan kita.


Mengikut statistik, kawasan-kawasan seperti di Bukit Antarabangsa, Hulu Selangor adalah kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kejadian tanah runtuh. Ini kerana banyak kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan tanah tinggi dan kawasan pergerakan bawah tanah yang sangat aktif yang dijadikan sebagai kawasan penginapan mewah (sila tengur jika saya tersalah fakta).


Berikut adalah antara fakta-fakta yang diperoleh untuk tatapan umum :




* 30 Jun 1995: 21 orang terkorban manakala 23 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong Karak.


* Pada tahun 1996: Kejadian tanah runtuh berlaku pada tahun baru apabila sebahagian Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang runtuh.Kejadian berhampiran tiga blok flat kawasan perumahan yang didiami 130 keluarga itu tidak mengorbankan nyawa.


* 25 Disember 1997: Tanah runtuh di Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor mengorbankan tiga orang.


* 15 Mei 1999: Penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay, Jalan Hulu Klang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sepanjang 100 meter. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut.


* 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang milik bekas panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan rumahnya.


Dalam kejadian itu, isterinya Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta pembantu rumah Indonesia terkorban.


* 31 Mei 2006: 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang musnah akibat runtuhan tanah dan empat sekeluarga terkorban.


* 30 November 2008: Dua beradik, Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terkorban selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut meranapkan sebuah banglo di Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor.


* 6 Disember 2008: Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo.



Bernama.


Lagi Info, baca ini.


Gambar Sebagai Hiasan


Sama-samalah sedekahan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dan berdoa semoga kita dihindarkan dari segala bencana alam lain.











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...