Tuesday, January 17, 2012

Kelebihan menjadi Penjaga Gol dalam Bolasepak.

Mungkin post ni agak pelik bagi sesetengah pembaca blog tanah air mahupun luar negara. Perempuan terutamanya agak tak suka entri aku ni sebab berkaitan dengan bolasepak. Tapi aku cuma nak bercerita dan berkongsi bersama pembaca semua. Mana la tau lepas ni ada yang tergerak hati nak jadi Goalkeeper pulak.

Mungkin anda biasa mendengar dan melihat aksi seorang penjaga gol di padang ataupun gelangang futsal di serata dunia. Mungkin juga anda pernah merasai pengalaman menjadi seorang penjaga gol bagi pasukan anda. Kadang kala, kita ni serik nak jadi penjaga gol lagi sebab posisi ni sememangnya lasak, mempertaruhkan tubuh untuk melindungi gawang dari dibolosi. Takut luka katanya. Pernah dengar nama Petr Cech? Beliau adalah penjaga gol Chelsea buat masa kini. Pernah dengar kan bahawa beliau pernah mengalami keretakan tengkorak akibat rempuhan lutut dengan pihak lawan yang menyebabkan beliau terpaksa direhatkan beberapa bulan dan terpaksa memakai topi perlindung semasa beraksi kembali sehingga sekarang. Tapi, beliau masih lagi menjadi benteng terakhir pasukan beliau. Gila kan.

Tugas seorang Goalkeeper adalah satu tugas yang berat dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental ketika mengawal pintu gol. Jika anda seorang Penjaga gol, andaakan merasai kelebihan berbanding dengan pemain yang lain. Antaranya:



  • Refleks yang pantas.

  • Keseimbangan badan yang begitu stabil.

  • Dapat membaca pergerakan sebelum berlakunya sesuatu pergerakan.

  • Kit ataupun jersi yang khusus dah khas hanya untuk anda.

  • Aksesori yang menarik.

  • Komunikasi dengan pemain lain.

  • Keistimewaan khusus dalam padang.

Semua diatas adalah atas pendapat saya sahaja. Kenapa saya olahkan semua diatas dengan banyak sebab saya adalah seorang penjaga gol. Kelebihan yang saya dapat adalah sangat istimewa berbanding dengan yang lain. Kebanyakan orang mesti terfikir yang semua ini adalah anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan. Memang kurniaan Tuhan, tetapi semuanya diasah dengan latihan. 

Senang cerita, jangan takut nak jadi seorang Goalkeeper. Kebanyakan mereka yang menjadi goalkeeper adalah Hero bagi pasukan mereka. Ada juga sebagai penyebab. Tidak mencuba, tidak tahu bagaimana nikmatnya posisi ini. Memang agak menyakitkan kadang kala, tetapi alah bisa tegal biasa. 

Takkan takut bola kot, bola tu lembut je. Kalau batu, aku pun tak nak. Haha.



Gambar sebagai hiasan dinding. Petr Cech from Chelsea.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...