Wednesday, January 25, 2012

Kita sokong Cetak Rompak. Kan?

Umumnya kita tahu apa itu cetak rompak. Dalam otak anda mesti terfikir tentang Cakera Padat Video ataupun Software. Kan? Biasalah kita, dah disajikan dengan berita cetak rompak semuanya pasal DVD la, CD la. Kan2?

Salah satu darinya memanglah DVD, tapi mungkin kita terlepas pandang tentang banyak lagi item-item yang dicetakrompakan dan secara tak langsong kita pun beli. Dah kiranya kita menyokong dan menggalakan kes kecurian barang orang dan kita beli barang curi. Kan ke dosa?


Contoh yang paling kita nampak adalah Windows yang anda pakai sekarang di komputer anda. Adakah perisian yang tulen? Kalau tulen, saya respek anda walaupun anda terpaksa menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli perisian yang tulen. Tapi ada diantara kita yang pakai perisian salinan semula oleh pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan. Jual dengan harga yang murah, keuntungan berlipat kali ganda atas usaha orang lain. 

Walaupun Windows dicipta oleh orang barat yang otaknya BERKARAT, tapi kita tak sepatutnya mencuri hak penjualan mereka. Ya, memang mereka juga adalah pencuri. Mencuri Ilmu dari Orang Islam. Biarlah Allah sahaja yang menghukum mereka. Kita sepatutnya bersaing untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik berbanding dengan mereka. 

Ah, berbaik pada topik utama. Kenapa orang kita mencetakrompakan hak milik orang lain? Keuntungan? Repotasi?

KEUNTUNGAN oleh pengedar dan penghasil barangan Cetak Rompak adalah jutaan ringgit setiap tahun. Siapa pelanggannya? KITA SEMUA!

Ayuh, bangunlah bangsaku. Kita jangan Biarkan Anasir Busuk ini menular dalam fikiran kita. Kita jangan biarkan ianya menjajah kita! (ceh, dah macam pengerusi Kesatuan Melayu Muda dah aku rasa. Har Har Har)

Beli benda cetak rompak merugikan ada, merosakan harta anda. Ingatlah!

Rampasan DVD oleh pihak berkuasa Tempatan.

1 comment:

  1. Lanun cetak rompak ni umpama ROBIN HOOD..siapa nk bela hak golongan pertngahan kali bkn dorg?kne ingat..xsemua rakyat malaysia ni mampu beli yg original..ape salahnye kalau dorg nk rse ape yg golongan atasan rse..dgan harga brg yg dah naik..org yg gaji 5k ke atas mgkin xkn ade yg komplen..tp yg bwh cmne plak..saya blom lg bli perisian cmpter yg pirated sbb saya tau risiko die ape..tp kalo setakat dvd movie kalo ade yg murah n quality lbh kurg xkn nk tipu diri sendiri..nak lak cte melayu..xberbaloi berhabis 20 - 30ringgit untuk cerita yg xmembina..gengster la hape la..cerita pelok2 laki org bini org buat dose mate..mat saleh punye crite kalo cm2 xjd mslah sbb dorg xd iman..kite yg islam ni..haish..da mcm xd pedoman..wtpe aku nk sokong maksiat terang-terangan..?em..so cetak rompak jela pengajaran ntowk pelakon2 yg mcm da xd pedoman skrg ni..xyah mention sape..tau2 sendiri jela..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...