Entri kali ni aku nak bercerita sikit tentang medium penyampaian di internet. Macam-macam yang boleh kita dapat thru internet. Antara yang aku nak cerita sekarang adalah Blogger dan Vlogger.
Blogger - Korang semua dah sedia maklum kan dengan benda ni. Yang korang tengah baca ni blogger la. Blogger dalam maksud aku sendiri ialah penyampaian sesuatu cerita ataupun mesej dalam bentuk penulisan. Tak kiralah dari segi cerita pendek (cerpen) ataupun point. Dalam erti kata lain penulisan dan pembacaan. Mengikut peratusan pengguna internet, blog yang menarik untuk dibaca oleh pembaca mestilah mengandungi isi-isi yang menarik minat ramai, berita ataupun hiburan. Seseorang penulis blog mestilah sentiasa ada idea menarik ketika mengeluarkan sesuatu entri.
Banyak blogger diluar sana yang menarik minat ramai untuk singgah ke blognya. Pada masa yang sama, traffik akan bertambah dan akan menarik minat pengiklan-pengiklan untuk mengiklankan barangan dalam blog. Tapi, bukan iklan yang menjadi keutamaan seseorang blogger, tetapi mutu entri dan berapa ramai pembaca yang ada didalam sesebuah blog tersebut.
Contoh blog terbaik :
1. BLOG SERIUS
2. Ben Asahaari
Vlogger - Mungkin ada yang baru nak dengar atau kenal dengan benda ni. Bunyinya lebih kurang sama, tapi mediumnya berlainan. Vlogger dalam maksud aku sendiri adalah penyampaian sesuatu dari segi nasihat, hiburan, hobi, fesyen ataupun apa-apa sajalah dalam bentuk VIDEO.
Untuk menjadi seorang Vlogger yang digemari anda seharusnya mempunyai pengetahuan asas tentang cara mengendalikan Video Kamera dan Video Editing dengan baik. Dalam masa yang sama, isi dalam sesuatu video itu mestilah menarik dan mudah difahami untuk mendapat tarikan penonton. Medium persembahan video yang biasa digunakan adalah Youtube kerana ianya percuma untuk upload apa saja video untuk di View orang semua orang. Biasanya, mereka yang ber 'Vlogger' ini memerlukan sebuah kamera digital dan latar belakang yang sesuai dengan situasi dalam video. Kiranya seseorang Vlogger diibaratkan seperti seorang presenter mesej terus kepada semua pengikut mereka. Mereka seperti berinteraksi walaupun dihadapan kamera.
Contoh Vlogger terbaik :
1. Matluthfi90
2. IniAnuarHadi
3. Maria Elena
Walaupun kedua-duanya sememangnya berbeza tapi maksudnya tetap sama, ingin menyampaikan sesuatu mesej kepada umum walaupun berbeza dari segi tulisan dan Visual. Kita sebagai pembaca boleh menilai sesuatu dengan komen-komen yang membina, janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain. Dua-dua pun bagus. Ada style yang tersendiri. :)
No comments:
Post a Comment