Cinta. Apa itu cinta?
Banyak maksud disebalik ayat cinta ini. Boleh menimbulkan pertelingkahan untuk mengolah perkataan pendek ni. Ada yang menyatakan cinta ini sebagai satu perasaan, ada juga mengatakan kasih sayang, ada juga mengklasifikasikan sebagai kegemaran. Banyak maksud disebaliknya.
Ok, mari sama sama kita olah maksud 'cinta' ini.
Ini cuma olahan aku tentang cinta sesama manusia. Cinta sesama manusia bermaksud sesuatu fenomena dalam diri kita sendiri secara semulajadi akan muncul tanpa diduga. Cinta boleh jadi satu penyakit, ubat, pembunuh pada seseorang itu. Taksubnya pada cinta bergantung pada seseorang individu itu sendiri.
Ok, ini cuma pendapat aku saja. Korang aku tak tau lagi.
Aku sendiri tak pernah berjaya dalam cinta. Cinta maksud aku ialah cinta kepada wanita. Aku pun tak tau kenapa. Tapi yang pastinya aku ni tak pandai ngorat pompuan. Sebenarnya aku takut. Takut nak mencuba. Tiba-tiba nanti kena reject ke, tak ke malu. Mau tak keluar rumah seminggu.
Sekarang ni aku tengok budak sekolah pun pandai dah bercinta. First love kononnya. Mereka anggap ni semua sebagai pemangkin hiduplah, pemberi semangatlah, apa pun tak bolehlah.
Dalam kajian, pelajar sekolah yang bercinta sakan ni hanya 5% je kahwin berkekalan. Yang lainnya hancur lebur. Orang nak bercinta, dia pun nak bercinta. Kahwin kejap, cerai. Artis pun sama. Ingat kahwin ni macam langgan line postpaid. Dah bosan, terminate. Naik jelak aku tengok. Bercerai ni memanglah halal, tapi dimurkai Allah. Bergegar Arash Allah pabila talak dilafazkan.
Aku pun tak tau kenapa aku bebel benda ni pepagi buta ni. Tetiba je terasa nak tulis benda ni. Aku pun pernah bercinta lebih dari sekali. Tapi yang aku dapat cuma 1 je iaitu:
NOTHING!
Buang Duit, Masa, tenaga.
Cinta yang sempurna adalah cinta kepada pencipta. Allah sahaja yang memberi segalanya kepada kita, jangan kita sombong kepadaNya. Kerana kita hidup atas buminya, rezekinya, kekayaannya. Bersyukurlah.
Bercinta tak apa, jangan sampai kita lupa asal usul kita dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Itu pesanan utama kepada anda semua dan diri saya sendiri.
No comments:
Post a Comment