Tuesday, July 17, 2012

The World Conspiracies Part 1 : The war begin.

Tajuk je English, tapi isinya aku taip dalam Bahasa Melayu. Kepada yang tak faham, bolehlah Google Translate. Aku beri kebenaran.

Ok, pernah dengar perkataan konspirasi? Ataupun anda semua tahu apa itu konspirasi? Cuma pernah dengar tapi tak tau maksudnya?

Aku nak definisikan sikit pasal konspirasi ni. Definisi ini datang dari aku sendiri. Apa yang aku faham, konspirasi bermaksud sesuatu kejadian, perbuatan, interaksi yang biasanya bersifat rahsia yang boleh menimbulkan kekeliruan dan syakwasangka pelbagai pihak dan juga tiada bukti kukuh untuk membuktikannya. Konspirasi biasanya direka untuk mendapat tarikan pihak lain. Biasanya bersifat negatif hanya untuk menutup kesalahan, kelemahan dan memusnahkan pihak lain. 


Itu serba sedikit pandangan aku. nak lebih lanjut boleh Google.


Konspirasi dunia. Dunia dan konspirasi. Kedua-duanya nampak sama tapi berbeza. Persoalannya, kenapa adanya konspirasi? Jawapannya mudah, hanya kerana untuk mendapatkan perhatian dan mewujudkan perbalahan. 

11 SEPTEMBER 2001. Tarikh yang paling diingati seluruh dunia. Tarikh yang menjadi titik permulaan pencerobohan haram Amerika Syarikat ke atas negara Asia Tengah. 4 buah kapal terbang penumpang telah dirampas dan dijadikan sebagai 'peluru berpandu' telah meranapkan WTC (World Trade Center) dan merosakan sebahagian kecil Pentagon. 


Serangan di merara kedua WTC


Ok, imbas kembali kejadian itu. 2 buah kapal terbang berjaya memusnahkan WTC, sebuah telah merosakan Pentagon dan sebuah lagi terhempas. Osama Bin Laden sekaligus dikatakan bertanggungjawab dengan peristiwa ini. Islam dianggap sebagai pengganas. 

Pesawat yang terhempas itu sepatutnya dalam perjalanan untuk merempuh White House, tapi tak berjaya. 3 buah lagi berjaya. White House dan presidennya terselamat. Pelik kan?

Bangunan semegah WTC boleh ranap dengan hanya rempuhan sebuah pesawat? Ini yang telah membuka mata penyelidik untuk membongkar misteri ini dan telah pun terbongkar dengan adanya pelbagai bukti yang ditunjukkan.

Pentagon dikatakan sebagai bangunan keselamatan paling selamat didunia. Ini terbukti dengan sistem keselamatan yang teliti dan canggih pernah ada didunia. Akan tetapi masih lagi boleh dirempuh pesawat. Hanya suku dari pantagon rosak akibat serangan sebuah pesawat penumpang.


Pentagon ketika serangan


Adakah serangan ini telah dirancang oleh kerajaan Amerika? Ini telah menjadi persoalan ramai orang. Banyak bukti telah diketengahkan. 


Antara buktinya :


1. Kotak hitam pesawat.


2. Isu tenaga minyak


3. Letupan yang terkawal.


Banyak lagi bukti yang telah dirumuskan. Lebih lanjut boleh cari kat Google. Apa-apa pun, kerajaan Amerika telah menyalahkan Islam sebagai pengganas.

1 comment:

  1. yang ni aku suka.wtc boleh ranap smpey kebawah?gila kan..aku ade bce beberapa artikal dywong ckp,mungkin setiap tgkat dyowng dh pasang bom pemusnah bangunan. lainlah klo dywong rempuh dr bawah yg atas tumbang.ini rempuh atas,lepas 2 ranap mcm teratur aje.ce ko try google pasal osama bin laden 2 gak.msti ade story psl dye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...