Monday, February 14, 2011

Pergh. Follower aku tak sampai 50.

Aku baru sedar, follower aku tak sampai 50 pun. Jangankan kata 50, 30 pun tak sampai. Kah Kah Kah. Bialah orang nak follow ke tidak. yang penting aku tak kacau orang.

Aku tak tau nak cerita apa pada entry aku kali ni. Mungkin aku terkedu sebab aku baru je tonton cerita yang betul-betul memberi pengajaran pada kita umat Islam. Jangan pakai susuk dengan bela hantu raya. Susah nak mati nanti.

Ingatlah Wahai manusia, hidup di dunia hanyalah sementara. Akhirat juga adalah kekal selamanya. Dunia banyak cabaran dan dugaan. Akhirat jugalah yang  akan menentukan arah mana kita akan tujui. Siratulmustaqim menanti untuk direntasi. 





Selawat Keatas Rasulullah S.A.W. Maulidur Rasul yang akan menjelang kita penuhi dengan puji-pujian keatas junjungan besar Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah yang Agung. Semoga diberkati Dunia dan Akhirat. Insyaallah.

Sunday, February 13, 2011

Jalani Kedai Makan.

Baru sekejap tadi aku turun tingkat 1 untuk ke kedai makan JALANI. Niatnya memang nak makan lah. Bungkus je pun. Malas nak makan tempat yang selalu bukak lagu India je memanjang. Bukan aku faham pun. Dalam masa yang sama tv tu menghala pada Owner kedai tu je. Nak marah, dia marah aku balik kang. Saje je kena nanti.




Okay, bukan tu yang aku nak cakap ni. aku nak cerita tentang pengalaman aku tadi. Panas je rasa hati ni walaupun aku bukak kipas. Aku order benda lain, dapat benda lain. Pastu tak pasal2 aku kena tukar semula disebabkan kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Check la dulu sebelum panggil 'dik, Nasi da siap'! Member aku pulak yang kena turun balik tukar. Pastu dia leh pulak cakap 'Adik dah bayar ke td?'. Habis yang aku bagi RM11.50 td tu hapa! 






KAU NAK MAKAN DUIT AKU KE SIA!








Ramai yang cakap yang Jalani ni tak suka ada pesaing disekelilingnya. Aku tak tau la betol ke tak. Benda ni bukan aku dengar dari 1 mulut je. Aku dengar dari banyak mulut. Dah la aku malas nak cerita benda ni. Sendiri leh pikir la der.

Monday, January 10, 2011

Meggi 4 : Siapa nak beli aku punya a200?

Assalamualaikum. Entry kali ni lebih kepada jual beli. Ni aku nak habaq mai satu benda nak tunjuk kat hang ni. nak tu apa? Nah, Ambik ni :





Ni la DSLR terkini aku. Sony Alpha a200 buatan jepun. Kenapa aku tunjuk gambar ni? Sebabnya aku nak let go la. Nak pakai Canon lak. Saja nak jump ship tukar brand lak. Ada sesiapa berminat?

Barang ni aku jual satu set :

  • Kamera a200
  • Kit lens 18-55mm
  • Baterry
  • Charger
  • Usb cable
  • Bag kamera (tapi beg nikon, hehe)
  • CF card 4GB
  • UV filter 55mm


Berapa harganya? Dalam RM850-900 sahaja. Tertakluk pada terma dan Syarat. barang memang baik lagi, selalu buat job pakai benda alah ni.


Ada sesiapa nak? Email je lah. Ni email aku mohammadansar33@yahoo.com




Wednesday, January 5, 2011

Semangkuk Meggi 3 : Jersi oh Uptown.

Bro, jersi Malaysia ada?


Ada, biru ngan kuning pun ada. Saiz apa nak?


Saiz s ada? Lengan panjang ada?


Semua ada. Ni hot item bro!




Berdasarkan dialog diatas, senaraikan perkataan-perkataan yang tidak bersesuaian dan betulkan dialog diatas.




Apa yang aku merepek ni? Gila ke apa? Siapa yang baca ni memang dia gay. Kah kah kah.


Ok lah, ni baru aku nak cerita. Baru baru ni aku berkunjung ke Uptown Shah Alam. Biasanya aku ni pergi sana bertujuan nak beli baju bola je. Aku beli baju Liverpool tempoh hari. Itu pun aku beli kat Uptown.


Tapi kan, barang-barang kat sana semuanya tiruan kan? Sama la macam cetak rompak. Korang tak terfikir ke ianya sama seperti DVD cetak rompak. Kenapa pula hanya DVD,VCD,CD cetak rompak sahaja dibenteras? Kenapa?


Kalau semua benda tiruan dibenteras, tiadalah Uptown dimuka bumi ini. Kalau semua ori sahaja, alamatnya nak kena dapat gaji RM10000 sebulan dulu baru leh beli semua barangan yang original. Gila kentang la!


Contohnya DVD la, yang ori leh cecah dalam RM30 sekeping. Yang pirate punya baru RM6. Jimat RM24 tu. kalau kau lah, mana kau pilih? mesti yang murah kan?


Anyway, kita kena sahut seruan kerajaan hapuskan DVD cetak rompak. Kita jangan beli, kita download sahaja. Jangan copy bagi sesiapa. Beli jersi ciplak tak apa, tak kena tangkap polis (macam tu plak)!







Teringat Game ni. Harap-harap Malaysia mengekalkan prestasi cemarlang di peringkat antarabangsa.



Semangkuk Meggi 2 : Hidup Tahun 2011!

Tahun 2011. Tahun baru 2011. Masa macam ni la semua orang nak ada azam baru. Antara azam-azam yang tersenarai yang aku biasa dengar iaitu:


Aku nak belajar bersungguh-sungguh.

Aku nak lebih matang.

Aku nak menabung.

Aku tak nak pakai bag plastik.

Aku tak mahu mengundi Barisan Nasional.


Okkkkkk...

Semua azam-azam diatas dah biasa bangat kita dengarin. Yang tak biasa kita dengar pun ada. Yang tak pernah dengar pun ada jugak. Antaranya:


Aku nak jadi Gay yang berjaya.

Aku nak bela kambing sampai jadi jutawan.

Aku nak melancong ke Nicaragua.

Aku nak lebih Bulu malu.


Okkk... Kah Kah kah!

Adakah anda ada azam baru? Mungkin ada, mungkin tiada. Kadang-kadang aku terfikir, ni semua azam-azam ni diorang betul-betul buat ke? Aku harap buatlah. Kalau tak buat, sia-sia je korang berazam. Kan-kan?

Aku jarang juga dengar azam nak memperbetulkan diri yang telah tak betul (yang tak betul la). Ni azam yang pelik-pelik je. 


Baik berazam nak jadi macam Lee Chong Wei. Kumpul 7 biji Dragon Ball, pastu wish kat naga tu mintak jadi cam dia. Ha ha ha.






Tuesday, January 4, 2011

Semangkuk Meggi 1.

Baru- baru ni Malaysia mencipta sejarah dengan memenangi AFF SUZUKI CUP buat pertama kalinya. Tapi, bukan itu yang aku nak cerita kali ni. Aku nak cerita benda lain sebenarnya. Oh ya, tahniah diucapkan kepada Pasukan Malaysia dan Khairul Fahmi yang telah dilamar oleh Manchester United.



KAH. KAH. KAH!



Aku merepek je la. Jangan sesiapa saman aku dah la pasni. 


Oklah, apa perasaan anda semua apabila ada orang mengganggap anda sebagai KAYU. Saya ulangi, KAYU.
Kenapa pulak aku cakap macam ni sebab ade orang cakap banyak kali dengan aku benda yang sama dalam 1 masa. Ingat aku ni kayu ke? Ataupun si dungu yang banyak kali cakap baru faham. Cakap sekali sudahlah. 

Ni aku mula rasa nak marah ni.   





Kang aku marah dia, dia marah aku balik. Tak guna tol.


Saturday, December 11, 2010

Aku nak membazir.

Hish, banyak betul duit aku ni. Ingat Blackberry tu murah ke? Macam beli tepung Tesco Choice ke?


Ya, ini adalah target utama aku! Memiliki sesuatu yang aku tak pernah nak dapat kalau mintak. Muahaha! Mana aku dapat duit? Menang main Jutaria ke? Ni duit aku kumpul la. 


Yeke Ansor?? Tak nampak pun kau kumpul. Biasanya orang yang kumpul duit ni ada tabung macam tabung BABI. Kau tak ada pun.


Weh gila! Aku simpan kat tempat lain la ngok! 


Sudah-sudah! Apa yang aku merepek ni? Dah macam kambing beranak kerbau pulak. Merepek je aku pepagi ni.


Berbalik pada tajuk aku tadi, kalau nak diikutkan memang aku dah lama tak berminat dengan Handphone yang canggih2 sangat ni. Sekarang ni tiba2 berminat pulak. Haish. Nak jadi apa la aku ni. Beli benda-benda yang mahal je. Itukan satu pembaziran, hobi syaitan.







Nanti! Bukan aku cakap yang aku ni Syaitan la. Aku cakap yang pembaziran ni hobi syaitan. Mangkuk Hayun betul!

Pesanan dari aku selaku Presiden Blog ni, jangan la membazir (macam aku). Gunakan duit dengan betul. Otak jangan letak kat kepala lutut.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...