Keheningan pagi yang membuatkan aku terasa ingin menulis blog. Satu anggapan manusia yang baru sebentar tadi aku baca - "Kenapalah nak menipu untuk dapatkan perhatian". adakah ianya ditujukan oleh aku? Ape yang aku dah buat? Adakah benda yang betul telah disalah tafsirkan seperti meminta belas kasihan?
Dunia ini memang adil. Setiap yang kita lakukan mesti akan dibalas yang sama. Sama? Ape yang same? Dunia aku, adalah dunia aku kini. Kadang-kadang aku sanggup tutup mulut aku semata2 ingin menjaga hatinya. Tapi, kenyataan baru beliau sungguh memeranjatkan aku. Aku betul2 x sangka, dia boleh mengeluarkan kenyataan berbaur kehinaan ni. Aku sangat2 yakin, ianya ditujukan kepada aku. Aku hanya mampu terkedu, tertelan air liur kerana terbaca kenyaan beliau itu.
Sekarang ni aku dah sedar, betul2 aku sedar. Orang yang aku betul2 sayang ni la yang akan menjatuhkan diri aku sendiri. Adakah salah aku ni seperti aku sedang berasmara dengan perempuan lain? Aku binggung.
Satu lagi kenyataan beliau - "Kenapa la manusia ni suka buat andaian negatif dulu sebelum Positif?". sebelum aku menulis lebih lanjut lagi, beliau perlu cermin diri sendiri dulu. Semasa beliau berada dalam dilema persahabatan dulu, beliau juga pernah berfikiran negatif. Jangan cuba nak menunding jari ke mana2 pihak sebelum mencerminkan diri sendiri. Aku pun pernah, semua manusia pon pernah. Aku terkejut. Jam menunjukan 3:21 pagi, sebentar lagi aku kena bergerak jauh. jauh, dan jauh. walau sejauh mana pon aku cuba lari, hatiku tetap masih ade ruang untuknya. Matlamt aku belum sempurna lagi, melainkan jika aku dapat ubah persepsi dirinya dan aku sendiri. Aku masih terkait2 diatas dahan yang reput................
No comments:
Post a Comment