Saturday, May 8, 2010

End of our Relationship

Dunia. Ada pertemuan, ada perpisahan. Sama macam aku. Hari ini, tanggal 8/5/2010 maka berakhirlah Hubungan cinta 2 insan. Antara aku dan dia. Jam 3 petang nanti, aku akan menemuinya buat kali terakhir sebagai seorang Kekasih. Selapas pertemuan itu, aku tidak lagi digelar Kekasih, tetapi hanya digelar sebagai kawan. Aku dapat menyangka semua yang aku impikan selama ini hanya mimpi. Mimpi yang tidak pasti. Hidup Aku kini hanya dikelilingi manusia bergelar kawan. Tiada lagi seorang yang bergelar Teman. Aku tidak menyangka semua ini akan berakhir sedemikian rupa. Tempoh 2 minggu yang aku berikan kini sudah luput. Dan jawapannya telah aku kenal pasti. Aku telah mengetahui segalanya sebelum dia akan meluahkan isi hatinya yang mungkin terbeku untuk diluahkan. Kali ini aku pasti, keputusan aku pun akan menentukan segalanya. Aku redha ketentuan Ilahi. Dia tidak meredai hubungan suci ku ini. Apa yang aku hajatkan cuma satu yang tercapai, aku ingin melihatnya gembira. Kini, pengorbanan ku ini ku harap akan berbaloi. Insyaallah. 


Kamu, Saya Sayang Kamu. Segala-galanya sudah tertulis. Saya kalah. kalah dalam pertarungan ini. Apa yang pasti, Hanya aku sendiri yang tahu. Apa yang perlu kamu tahu adalah "Saya SAYANG kamu selamanya". Kamu tiada galang gantinya. Saya doakan, semoga kamu berbahagia dunia dan akhirat. Kerana yang pasti, kamu tetap dihati saya sampai ke akhir waktu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...