Aliran Sains dan Sastera adalah berbeza. Apakah perbezaannya? Dari segi ayat? Huruf? Segi tiga? Sains adalah mengenai sains, Sastera mengenai sastera. Faham? Ish, salah la Matsor. Gila punya orang.
Ok, berkenaan dengan topik yang akan aku bincangkan ini adalah mengenai pengalaman aku semasa aku mengambil Aliran Sastera pada usia 16 tahun di sekolah. Aku mengambil keputusan ambil Sastera sebab aku tak layak ke aliran Sains (Aku bukannya pandai). Jadi, aku ambillah aliran Geografi. Sastera juga. Korang ingat Aliran Sastera ni belajar bahasa sastera macam Sasterawan negara ke? Mana ada.
Pada ketika itu heboh seluruh bakal pelajar tingkatan 4 sibuk memilih Bidang masing-masing untuk dikuasai. Sama jugalah dengan sahabat aku ni. Berita pengambilan aku ke bidang sastera telah sampai ke telinga Ibundanya. Ini yang membuatkan aku rimas seketika.
MN : Sebagai Ibu sahabat aku
Aku : Aku la, lagi nak fikir ke? Haiya!
MN : Ansor, makcik dengar kau amik Aliran Sastera. Betul ke?
AKU : Ha la! (dengan rasa bangga dihati)
MN : La, kenapalah kau ambil aliran sastera? Kebanyakan yang ambil aliran Sastera ni cuma orang yang kurang IQ je makcik dengar.
AKU : Kenapa makcik cakap macam tu?
MN : Yela, kebanyakan orang yang sekadar nak habiskan Form 5 je yang akan amik Aliran ni. Apa benda Subject tu? erm.. Ha! Perdagangan kan?
AKU : Tapi saya ambil subjek Geografi.
MN : Sama la tu. Kalau kau ambil Aliran Sains kan, kau boleh jadi Doktor ke, Jurutera ke. Kan gaji besar tu?
AKU : Memanglah gaji besar, tapi kalau ambil aliran Sastera pun boleh dapat gaji besar.
MN : Memanglah, tapi boleh kira pakai jari peratusan dia. Ha Ha Ha. Makcik takut kau tak boleh dapat kerja nanti. Sebab semua nak pakai Sains sekarang. Nanti meranalah kau.
***************
Herm. Agak-agak la bahasa tu. Bukan semua yang ambil Aliran sastera ni tak boleh berjaya. Ingat kerja Doktor ngan Jurutera ni je ke boleh jadi kaya? Jadi kuli juga. Haish.
Moralnya, tak semua yang kita impikan akan menjadi nyata. Hanya Usaha dan Tawakkal akan membantu. Walau kau ambil mana-mana bidang sekalipun, kalau cukup-cukup makan je baik kerja kilang. Mana-mana Bidang sekalipun, ynag penting minat kena ada.
salam nk tanya kak... aliran sains sosial dgn sastera sama x?? dan... saya nk ambik sastera tpi x mau akaun bole..tq :)
ReplyDeleteAssalam, saya dh 3bln ambil aliran SC tulen...klau nak tukar ke perdagangan ...sempat x nak cover 3bln? Harap balas
ReplyDelete