Monday, August 23, 2010

Impian Dan Pembelajaran.

Malam terasa seperti mahu berBolg pula. Eh, dah pagi la pula. Lupa pula aku waktu sekarang sudah 1.41AM. Ha ha ha. Apa-apa je la.

Baru-baru ni aku dah beli DSLR. Sony DSLR Alpha 290. Ramai juga member-member aku tanya kenapa aku beli jenama Sony. Aku pun cakap la yang aku ni Newbie je. Noob seperti kata remaja sekarang. 


Ha, ni la benda alah yang aku maksudkan. Sony DSLR a290. Terbaik kan? Kenapa aku tak beli Nikon atau Canon? Mula-mula memang la nak beli antara Nikon dan Canon, tapi mase aku g survey, brader aku pula cakap nak pinjam duit aku. Dah lari bujet. Dia cakap pula yang nak bayar lepas dapat bonus nanti. Mase tu kena tunggu setahun dari sekarang la.

Inilah impian aku. Impian yang memjadi kenyataan walaupun Bukannya Nikon dan Canon seperti dalam perancangan. Cukup Alhamdulillah bagi aku yang Noob ini.

Ok, dah ade sebiji benda alah ni kat telapak tangan, nak juga aku belajar cara pengendaliannya, settingnya dan sebagainya. Ha ha ha. Dari 3 orang yang pernah mengendalikan DSLR secara komersial, hanya 1 sahaja yang betul-betul memberikan aku info yang terbaik bagaimana mengendalikan Kamera ini. Beliau adalah Encik Internet. 


       '' Dia Bukan orang la, Gila! ''

 
 Hehe. Memang la. Sebab yang lagi 3 tu aku tanya dan jawapannya sama seperti orang yang sedang asik bercinta. Kalau macam tu, sepupu aku umur 3 tahun pun pandai jawab.

Aku          : Umaer, macam mana nak guna Kamera ni?
Hummaer : Tekan je la atas tu, dapat la gambar. Tu pun tak tahu ke.
   (contoh ayat sepupu aku Hummaer berusia lewat 7 tahun)

Macam tu la ayat dia. Last-last aku baca dari internet dan manual Kamera berkenaan. Lebih senang dan meriah belajar sendiri. Walaupun guru adalah pembimbing utama. Aku akan terus cari guru yang berkaliber dalam soal Kamera DSLR ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...