Kerajaan jelaskan mungkin diantara rakyat yang salah faham tentang polisi ini. Ada sebab kenapa kerajaan menghadkan muat turun di negara ini. Katanya nak elakan jenayah. Internet pun dah laju. Sekejap je boleh sampai. TV streaming online pun kena block. Yang kerajaan, syarikat swasta tempatan je ada. Bagus. Adil benar.
Sekarang ni macam-macam cara nak serving internet. Antaranya melalui broadband 3.5G, Unifi, Streamyx dan sebagainya. Bayar sama kan setiap bulan mengikut pada pengeluar. Makin banyaklah orang suka download. Tapi bila dah kena block macam ni, kurang sikit lah orang nak download. Tengok Youtube je agaknya. Eh, sekarang ni pon leh tengok movie baru kat internet dalam Youtube. Lama-lama Youtube pun kena block. Adoi.
Jenayah boleh berlaku di mana-mana. DVD cetak rompak tetap banyak jugak kat kedai. Aku tengok diorang selamber je jual. Terpampang besar kat dalam dan luar kedai. Polis buat tak tau je. Lalu depan mata pun macam tak nampak pulak. Dari mana pulak asalnya semua ni? Oh, Internet mungkin.
Aku dah naik malas dah semua benda tak boleh buat. Dah la Astro pulak bil naik harga. Iklan pulak banyak. Kitorang bayar bukan nak tengok iklan, kalau siaran percuma tak apa lah. Itu sumber pendapatan untuk siaran. Dah lah siaran berulang setiap hari. Nak main internet pulak, just bukak Google, Youtube, Facebook, Blogger. Bayar tiap-tiap bulan tetap RM80. Best kan?
Pirate Bay antara yang kena sekat. Dah nama pirate, memang la kena. Hehehe.
No comments:
Post a Comment