Monday, June 20, 2011

Satu rumpun pun nak bergaduh

Pepagi buta ni lah baru aku nak post blog. Yela, aku sekarang ni kan dah macam burung hantu. Bagus untuk kerja security guard ni. Tak mudah tertidur. Hehehe.


Baru-baru ni, aku tiada kerja dan aku pun belek-belek lah Facebook untuk di olah. Tiba-tiba aku ternampak satu fan page dari negara jiran. Kutuk Malaysia. Ayat mereka memang memedihkan telinga kalau berkata. Aku setakat baca pon naik berdarah otak aku mentafsirkannya. 


Apa motif utama mereka ini? Reformasi la, serangan la, ganyang la, hapa-hapa la. Tak malu ke? Sebenarnya, aku macam terasa lucu dengan beberapa kerat ayat yang aku rasa sangat-sangat kelakar. Aku memang tak nafikan, kadang-kadang negara kita ni memang ada buat salah. Tapi, bukan kita buat salah dengan mereka. Aku pun tak nak la nak buat rusuhan yang melibatkan negara ni. Dengan tertubuhnya fan page seperti ini, ianya memalukan negara mereka sendir yang sememangnya berada dalam kekurangan. Apa, mereka ingat dengan tertubuhnya page ni mereka dapat negara kita macam tu je? Sori la der, korang masih ditakuk lama lagi. minta maaf kalau sesiapa tersinggung.


Yang memang tak boleh blah lagi, mereka buat satu gambar berlatarkan KLCC dengan bendera negara mereka. Mereka cakap sepatutnya KLCC tu bersama mereka. Phui! Satu sen duit pun nak keluar buat KLCC, ada hati nak amik buat sedemikian rupa. Ada segelintir dari pekerja dari negara mereka ni baik, rajin. Ada pula yang jahat. Rompak, rogol, bunuh. Dah tu, PATI pun banyak. Takde permit, kita hantar la balik. Bukan bunuh pun. Tu pun tak reti nak bersyukur? Harap je negara islam paling ramai. Maaf kalau terasa.


Aku harap pada semua yang masih lagi bermusuh dengan Malaysia, seelok-eloknya kita berbaik-baik sesama kita. Mungkin ada hikmahnya. Mana lah tau ada buah fikiran yang bernas perlu diketengahkan untuk membangunkan negara anda. kami sedia membantu sekiranya anda mahu maju terus kehadapan. Kalau tak nak, teruskan dengan sikap anda ini. Sampai ke tua lah anda akan begini. Still no action. Kosong. Tak serang-serang pun. Haprak la beb. Baik pergi kerja, bagi anak bini makan. Lagi mulia dari kutuk dari belakang. 


Aku ni kesian dengan rakyat mereka. Ada yang tak cukup makan, tempat tinggal yang tak selamat, banyak lagi la. Tapi mereka yang tak pernah kenal erti susah ni yang banyak complain. Aku pernah bantu sorang warga mereka di sini yang tak dapat nak makan akibat dibuang kerja. Aku tolong sebab perikemanusiaan. Tapi, mereka disana macam mana? Tahu nak ganyang je. Diorang ingat Malaysia ni lembab? Malaysia ada wawasan. Kau? Kalau setakat ada kawasan yang luas, tapi tak maju buat apa. Cuba jadi seperti Singapura, Brunei. Tak kacau orang tapi memajukan diri sendiri. Tengok sekarang. Mereka lagi maju dari Malaysia. Kau? Harapkan bantuan sahaja. Cubalah berubah.





Ini yang aku harapkan. Semoga menjadi kenyataan. Amin.

1 comment:

  1. Sebenarnya mesti sama-sama menghargai dan menghormati, memiliki etika dan sopan santun dan mengikuti sistem yang telah ada. jika kita merujuk ke belakang, siapa sebenarnya rakyat Malaysia? orang mane asal pemimpin Malaysia (PM) Sedarkah anda semua itu.masaalah pekerja indonesia di Malaysia, secara sistim bukan Indonesia yang meminta, tapi Malaysialah yang meminta! sila pelajari sistem yang ada...jika kamu kira Malaysia maju, bolehlah, kerana negara Malaysia kecil, tak sampai satu provinsi di Indonesia. tapi jika kamu updat perkembangan ekonomi secara gobal, Indonesia termasuk 10 besar ekonomi dunia. kamu tahu tak, berapa banyak hasil dari Indonesia dinikmati warga Malaysia? sila chek sabah serawak, berapa ribu hektar sawit yang tumbuh di tanah Indonesia yang dinikmati Malaysia. semestinya engkau juga mempublis sesuatu, mesti melalui risec dan ilmu pengetahuan yang betul. jangan asalkan bicara sahaja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...