Saturday, December 3, 2011

Bangganya

Berbangga. Tajuk yang agak bosan kadang-kadang kita dengar. Dah la pendek, nak menyebut pun tak sampai dua saat. Kalau nak lebih dua saat kena sebut dengan 6 harakat. Ecoooo dia biar panjang. Haha

Ha, berbalik pada apa yang aku nak cerita. Bangga. Bangganya aku menjadi rakyat Malaysia. Bangganya dengan paras rupa. Bangganya aku dengan kekayaan yang dimiliki dan bangganya menjadi manusia.

Tapi....

Adakah segalanya cukup sekiranya hanya berbangga? Adakah bangga itu dapat mempertahankan segala yang kita ada. Bangganya kita sekiranya kita dianugerahkan dengan segala kenikmatan dunia dan akhirnya melupakan akhirat  yang ternyata kekal selamanya. Memang Bangga kan kita hidup di dunia sementara ini tanpa memikirkan kita sebenarnya telah ternoda dengan duniawi semata-mata.

Contohnya tadi, aku memang dikejutkan dengan peristiwa yang berlaku di negara kita (tak payah bukak Kosmo, Metro. Tak ada rasanya peristiwa ni) Aku baru balik dari kenduri kahwin dekat Bahau, Negeri Sembilan. Setelah bertukar dari bas ke tren akhirnya sampailah aku di KL Sentral. Aku pun tunggulah member aku dekat depan Brickfield berhadapan dengan stesen Monorel KL Sentral (aku tak pasti nama sebenar stesen itu) Aku pun tunggulah member aku ni, sekali ada couple melayu ni bercium, peluk macam laki bini. Kalau laki bini pun, agak-agak la. Dia tau aku kat sebelah je, dengan BANGGAnya mereka berpeluk cium umpama macam tiada agama. Dari segi perlakuan, rupa macam baya aku je. Ish, tak tahu malu betul.

Mungkin anda semua dah biasa dengan situasi ini disekeliling. Mungkin kita beranggapan bahawa:


Alah, lantak depala. Janji tak kacau hal gua!


Ada juga:


Huish! Beromen tuuuuuu.. usha jap la. Mana tau rezeki dapat tengok lebih.


Mungkin juga ada yang berasa rungsing menegur:


Dik, tolong hentikan semua yang terkutuk ni. Mungkin adik anggap abang menyebok, tapi ingatlah Allah sentiasa memerhatikan semua tingkah laku hambanya. Allah Maha Berkuasa.


Kalaulah ada umat yang berpendapat seperti tulisan kuning diatas, aku sanggup ikut dia untuk menegur orang lain.

Point utama adalah Kesyukuran dan didikan agama yang utuh. Tiadanya semua ini, makin ramailah remaja kita tergolong daripada ahli neraka. Ingatlah, Janji Allah Itu Benar.






Aku berharap sangat perkara ni tak terjadi antara kita semua.





Monday, June 20, 2011

Satu rumpun pun nak bergaduh

Pepagi buta ni lah baru aku nak post blog. Yela, aku sekarang ni kan dah macam burung hantu. Bagus untuk kerja security guard ni. Tak mudah tertidur. Hehehe.


Baru-baru ni, aku tiada kerja dan aku pun belek-belek lah Facebook untuk di olah. Tiba-tiba aku ternampak satu fan page dari negara jiran. Kutuk Malaysia. Ayat mereka memang memedihkan telinga kalau berkata. Aku setakat baca pon naik berdarah otak aku mentafsirkannya. 


Apa motif utama mereka ini? Reformasi la, serangan la, ganyang la, hapa-hapa la. Tak malu ke? Sebenarnya, aku macam terasa lucu dengan beberapa kerat ayat yang aku rasa sangat-sangat kelakar. Aku memang tak nafikan, kadang-kadang negara kita ni memang ada buat salah. Tapi, bukan kita buat salah dengan mereka. Aku pun tak nak la nak buat rusuhan yang melibatkan negara ni. Dengan tertubuhnya fan page seperti ini, ianya memalukan negara mereka sendir yang sememangnya berada dalam kekurangan. Apa, mereka ingat dengan tertubuhnya page ni mereka dapat negara kita macam tu je? Sori la der, korang masih ditakuk lama lagi. minta maaf kalau sesiapa tersinggung.


Yang memang tak boleh blah lagi, mereka buat satu gambar berlatarkan KLCC dengan bendera negara mereka. Mereka cakap sepatutnya KLCC tu bersama mereka. Phui! Satu sen duit pun nak keluar buat KLCC, ada hati nak amik buat sedemikian rupa. Ada segelintir dari pekerja dari negara mereka ni baik, rajin. Ada pula yang jahat. Rompak, rogol, bunuh. Dah tu, PATI pun banyak. Takde permit, kita hantar la balik. Bukan bunuh pun. Tu pun tak reti nak bersyukur? Harap je negara islam paling ramai. Maaf kalau terasa.


Aku harap pada semua yang masih lagi bermusuh dengan Malaysia, seelok-eloknya kita berbaik-baik sesama kita. Mungkin ada hikmahnya. Mana lah tau ada buah fikiran yang bernas perlu diketengahkan untuk membangunkan negara anda. kami sedia membantu sekiranya anda mahu maju terus kehadapan. Kalau tak nak, teruskan dengan sikap anda ini. Sampai ke tua lah anda akan begini. Still no action. Kosong. Tak serang-serang pun. Haprak la beb. Baik pergi kerja, bagi anak bini makan. Lagi mulia dari kutuk dari belakang. 


Aku ni kesian dengan rakyat mereka. Ada yang tak cukup makan, tempat tinggal yang tak selamat, banyak lagi la. Tapi mereka yang tak pernah kenal erti susah ni yang banyak complain. Aku pernah bantu sorang warga mereka di sini yang tak dapat nak makan akibat dibuang kerja. Aku tolong sebab perikemanusiaan. Tapi, mereka disana macam mana? Tahu nak ganyang je. Diorang ingat Malaysia ni lembab? Malaysia ada wawasan. Kau? Kalau setakat ada kawasan yang luas, tapi tak maju buat apa. Cuba jadi seperti Singapura, Brunei. Tak kacau orang tapi memajukan diri sendiri. Tengok sekarang. Mereka lagi maju dari Malaysia. Kau? Harapkan bantuan sahaja. Cubalah berubah.





Ini yang aku harapkan. Semoga menjadi kenyataan. Amin.

Thursday, June 16, 2011

Elakan piracy, jangan download.

Baru 5 minit tadi aku cuba nak download guna Bitcomet. Bukak je boleh, time download punyalah laju! Tapi tetap 0%. Maknanya kerajaan dah block P2P di negara ini. Ai, aku bukan nak download movie la. Aku nak download software yang orang tu sendiri bikin, pastu sharing. Oh ya, itu pun kira piracy jugak la kan. Tak berdaftar sebagai software yang berdaftar. Tak kesah la tak boleh download. Tak rugi pape pun.


Kerajaan jelaskan mungkin diantara rakyat yang salah faham tentang polisi ini. Ada sebab kenapa kerajaan menghadkan muat turun di negara ini. Katanya nak elakan jenayah. Internet pun dah laju. Sekejap je boleh sampai. TV streaming online pun kena block. Yang kerajaan, syarikat swasta tempatan je ada. Bagus. Adil benar.


Sekarang ni macam-macam cara nak serving internet. Antaranya melalui broadband 3.5G, Unifi, Streamyx dan sebagainya. Bayar sama kan setiap bulan mengikut pada pengeluar. Makin banyaklah orang suka download. Tapi bila dah kena block macam ni, kurang sikit lah orang nak download. Tengok Youtube je agaknya. Eh, sekarang ni pon leh tengok movie baru kat internet dalam Youtube. Lama-lama Youtube pun kena block. Adoi.


Jenayah boleh berlaku di mana-mana. DVD cetak rompak tetap banyak jugak kat kedai. Aku tengok diorang selamber je jual. Terpampang besar kat dalam dan luar kedai. Polis buat tak tau je. Lalu depan mata pun macam tak nampak pulak. Dari mana pulak asalnya semua ni? Oh, Internet mungkin.


Aku dah naik malas dah semua benda tak boleh buat. Dah la Astro pulak bil naik harga. Iklan pulak banyak. Kitorang bayar bukan nak tengok iklan, kalau siaran percuma tak apa lah. Itu sumber pendapatan untuk siaran. Dah lah siaran berulang setiap hari. Nak main internet pulak, just bukak Google, Youtube, Facebook, Blogger. Bayar tiap-tiap bulan tetap RM80. Best kan?





Pirate Bay antara yang kena sekat. Dah nama pirate, memang la kena. Hehehe.

ANONYMOUS godam website Malaysia.

Semua orang sedia tahu, sekumpulan pengodam antarabangsa yang menamakan kumpulan mereka ANONYMOUS telah pun menggodam beberapa website Malaysia bermula 11.30 malam semalam. Hal ini telah disahkan oleh SKMM dan sebahagian dari website yang digodam telah dibaikpulih tengahari tadi. Mereka walaubagaimanapun telah awal lagi memberi amaran dan pemberitahuan tentang cabaran mereka untuk menggodam website utama negara, MyGovernment.


Eh, skema pulak ayat aku di atas ni. Baru tadi aku nak bukak MyGovernment ni, nampaknya kerajaan masih lagi shut down server untuk mencegah dari kumpulan ini menggodam portal utama ini. Fuh, kali ni kerajaan begitu risau tentang cabaran ini. Betul-betul dah bersedia. Bersedia untuk tutup server. Heh!


Ini diorang beritahu awal-awal, dah gelabah. Kalau diorang terus godam, lagi jaki. Kerajaan masih lagi samar-samar untuk mengesan siapakah individu yang menggodam website kerajaan Malaysia ini.


Sebab utama mereka ni menggodam website Malaysia ni adalah disebabkan SKMM telah menyekat website pengkongsian fail seperti PirateBay. PirateBay adalah laman pengkongsian fail yang popular dan percuma untuk memuat turun fail yang berkapasiti besar seperti Filem, permainan dan sebagainya.


Tapi kenapa sampai ANONYMOUS yang nak godam? Apakah mereka ni ada kena mengena dengan kerajaan negara? Ataupun mereka ini rakyat Malaysia? Entahlah, aku pun tak tahu lagi. Yang penting sekarang, server kita begitu mudah untuk digodam. Kerajaan ada saintis komputer yang hebat, mesti akan dapat menyekang Jenayah ni pada masa akan datang. Jangan sampai dah kena cabar, baru nak gelabah. Heh.








Aku respect kumpulan ni. Bukan sebab jenayah diorang, sebab diorang berani godam Website Malaysia. Aku kalau pandai godam pun tak berani. Hahaha.

Wednesday, June 1, 2011

Internet Seller

Sekarang ni semuanya mudah. Kalau dulu, apa-apa urusan kita nak buat kena beratur panjang, kena tunggu giliran, macam-macam lagi lah. Walaupun kini masih ada yang menggunakan sistem ini, kita dah dipermudahkan dengan sistem baru. Pembelian terus dari rumah ke rumah. Iaitu pembelian terus dari internet.


Apa itu pembelian terus dari internet? Boleh percaya ke?


Pembelian dari internet ini memudahkan anda menjalankan urusan pembelian terus dari internet ke rumah anda. Kita tak perlu bersua muka, tak perlu belanja minum, tak perlu pergi kedai dan sewa kedai untuk membuat jualan atau pembelian. Dengan internet, semua jadi mudah. Tapi perlu diingatkan, setiap teknologi ada keburukannya.


Mesti ada dikalangan anda yang suka barangan sukan, fesyen, komunikasi dan sebagainya. Contohnya anda di kawasan kampung. Untuk keluar ke pekan atau bandar yang berdekatan adalah agak sukar. Ini adalah jalan penyelesaian yang mungkin akan mempermudahkan anda. Saya cuma promote je. 


Pertama sekali mestilah tengok seller jual apa, dan kita nak beli apa. Contohnya kita nak beli pakaian, cari seller yang berpotensi. Berpotensi dari segi keupayaan, kualiti barang terbabit. Kena Check dulu awal-awal. Nanti dah dapat takut tak puas hati pula.


Kedua adalah cari sumber jualan yang biasa orang guna. Antara contohnya Mudah.my dan Lelong.my. Ini adalah website jual beli yang ada di Malaysia.


Tapi, kadang-kadang kita dikejutkan dengan penipuan dalam urusniaga internet ini. Sampai habis beribu-ribu. Takut juga dengar. Tapi kita ada otak kan? Sepatutnya kena check dulu seller tu macam mana barulah boleh pass duit kita pada mereka. Kadang-kadang mereka ni sindiket untuk menipu pembeli. Berwaspadalah.


Oklah, ni aku nak promote sikit lah. Pada siapa yang minat nak beli jersi ke, kasut ke, pakaian sukan ke, aku ada beberapa link yang memang boleh dipercayai. Nah, ni link yang aku maksudkan:





Seller-seller diatas memang terbaik. Barang kualiti dijamin. Sampai rambang mata tengok kadang-kadang. Hehehe. Saya ninta maaf kepada brader-brader diatas kalau marah pasal post link. Saya cuma promote sahaja.



Antara Jersi yang aku beli kat Internet. Kualiti terbaik beb.



Tuesday, May 31, 2011

Blog Kurang 300 Follower


Assalamualaikum. Mesti anda terfikir, kenapa awal-awal entri kali ini aku suakan dengan gambar di atas. Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, ini adalah satu segmen yang dianjurkan oleh saudara Hasrul Hassan dalam blognya. Nak tahu kat mana nak cari blognya? Tak payah google, klik je disini. Marilah kita memeriahkan majlis.


Untuk menyertai segmen ini, setiap blog mestilah kurang daripada 300 followers. Aku adalah salah seorangnya la. He he he.




Oklah, segmen ini juga disertakan dengan soalan : Mengapa anda perlukan followers di blog anda? Jawapan saya adalah saya perlukan followers kerana saya perlukan pembaca yang akan membaca setiap entri saya tak kira apa bangsa, umur, jantina mahupun agama. Saya juga mahukan setiap entri saya menjadi satu percikan pemikiran terutamanya jenerasi masa kini. Juga untuk meningkatkan traffik dalam blog saya. Bukan seperti sendiri tulis, sendiri baca. Hehehe.


Chewah...... Hehehe.


Sekian nukilan saya. 







Monday, May 30, 2011

Siapa ganti Van Der Sar?

Manchester United kini kekosongan posisi penjaga gol utama setelah pemain paling veteren mereka, Edwin Van Der Sar memgumumkan pesaraan beliay secara rasminya pada akhir perlawanan Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari.

Desas-desus bahawa pengganti Edwin Van Der Sar mestilah melepasi piawaian jurulatih penjaga gol kelab itu, mahu pengganti beliau akan mengikut jejak langkah Van Der Sar.

Sir Alex Ferguson (Dua dari Daghlish) mengumumkan bahawa hampir pasti untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Athletico Madrid, David De Gea apabila gagal dengan bidaan keatas Manuel Neuer dan Marteen Stekelenburg.

Marteen Stekelenburg merupakan penjaga gol utama Belanda selepas Van Der Sar bersara dari kemunculan antarabangsa. Beliau juga adalah nadi kepada pasukan Belanda yang muncul sebagai Naib Juara Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan. Kejohanan itu telah dijuarai oleh Sepanyol. Phui!

Manuel Neuer, penjaga gol Schalke yang terbaik pada posisinya. Sukar dibolosi, tegap, kacak dan lelaki. Neuer sedang berebut posisi penjaga gol utama Jerman buat masa ini.

David De Gea, seorang penjaga gol. Korang cari la sendiri kisah dia ni kat google. Naik penat aku taip.






Yang pastinya, Manchester United tidak membida Khairul Fahmi Che Mat untuk menyarung jersi nombor 1 ini. Beliau masih dalam kontrak dengan Kelantan dan bidaannya mungkin akan memecahkan rekod pemindahan Inggeris.


He he he he. . . .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...