Thursday, January 10, 2013

Semangkuk Meggi 4 : Twitter dan isinya

Assalamualaikum. Khamis malam Jumaat. Eh, sekarang dah Jumaat. Khamis semalam. Jadi, aku ada sedikit masa nak conteng blog hari ini.


Ok merujuk pada tajuk harini lebih berkaitan dengan salah satu laman sosial yang popular didunia, iaitu Twitter. Siapa ada akaun twitter? 


Ada? bagus! Boleh follow aku. Kalau nak la. Tiada paksaan untuk follow aku, nanti aku follow balik. Nah tekan ini.


Aku bukan nak cerita pasal akaun twitter ke, sejarah twitter ke apa ke. TAK. aku cuma nak cerita berkenaan dengan isi yang biasa di 'tweet' segelintir daripada follower aku. Kiranya aku macam nak buat luahan perasan la sikit. Keh keh keh.


Follower aku semuanya baik-baik belaka. Ada dikalangan mereka suka menonjolkan diri sebagai 'tweet famous', penggiat isu semasa dan macam macam lagi la. Bak kata kawan aku, mereka umpama tweet pujangga alam. Hahaha. 


Dulu aku ni agak kerap la jugak tweet-tweet macam dah tak ada dunia lain lagi nak layan. Sampaikan aku terlalu taksub dengan twitter ni, subscribe BIS semata-mata nak online twitter through phone. Pergh, nampak kan aku punya komitmen. dah boleh dapat anugerah nilam lu tahu. Sekarang aku dah agak kurang tweet kerana aku rasa lebih baik aku kurangkan tweet dari hasilkan hasil kerja yang teruk. Sebab tu aku makin slow sekarang.


Sejak aku ada akaun ni, macam-macam jenis orang aku nampak kat Twitter ni. Ada yang jual barang, promote link, Doktor Cinta, Pujangga Alam maya, pelawak. Macam-macam lah. Tapi aku nak tekankan sikit kali ini hanya pasal tweet seperti Doktor Cinta. 


Ha, tak tahu apa itu tweet doktor cinta? Meh aku tunjukkan sedikit contoh yang tepat :


Kenangan kadang kadang buat kita tersenyum, even kenangan tu kita dengan ex kita. Dan kadang kadang kenangan buat kita menangis sampai pagi.

Saya Sayang DIA, Saya taknak kehilangan DIA. Dia ada DALAM HATI saya. Saya memerlukan dia setiap saat dan saya sayangkan DIA ♥

I suka you, i sayang you, i rindu you, i nak bersama dengan you, i nak jaga you, i nak bahagia dengan you, i nak you tahu iloveyou.

Saya benci bila awk lebihkn kawan awk berbanding saya. Kawan mmg penting tp saya lagi penting. Adakah mereka yg bakal jadi bini awk nanti?

Saya DIAM sebab saya taknak MENYAKITI hati awak seperti mana awak buat pada saya. Saya SENYUM sebab saya nak jaga hati orang yg saya sayang.


Ok ni adalah selingan dari ribuan tweet cinta yang masuk dalam Timeline aku. Amacam? Bila baca boleh menangis kan? Keh Keh Keh Keh. Maaf aku copy tweet ini. Pada yang berkenaan, aku cuma nak buat rujukan sahaja.


Hrm. . . . . . `


Aku tak tahulah kalau korang suka pujangga-pujangga seperti diatas ni, tapi aku kurang sikit. Kalau sekali-sekala tu aku boleh la baca dan hayati. Semua orang pun ada hati dan perasaan. Aku pun ada. Tapi janganlah hari-hari. Penuh Timeline aku dibuatnya. 5-6 kali scroll baru nampak tweet member-member aku. Jaki kan. Kadang-kadang sakit hati kot. Macam kau seorang saja bercinta dalam dunia ni. Member-member aku bercinta tak pula jadi seperti ni. Taksub bebenor.


Itu baru tweet, belum Retweet. Mahu beratus jugaklah yang masuk timeline aku tiap-tiap hari. Retweet boleh, tapi janganlah banyak-banyak. kalau boleh jaga perasaan orang lain jugak. Apa yang boleh aku buat, aku block saja itu orang. Aku cuma nak orang tweet yang biasa-biasa saja. Ada juga yang aku tak block sebab aku kenal. Kalau block kan rasa tak sedap pulak nanti, nanti boleh dikatakan sombong tak bertempat pula. Jadi, segelintir itu aku biarkan saja.


Baik, aku cuma boleh nasihat sikit. Hangpa semua muda lagi. Jangan hanyut dengan godaan ayat cinta ini. Muda-muda ni lah kena berbakti. Itu je aku boleh cakap. Cinta itu nombor 4. Nombor 1,2 dan 3 hangpa fikirlah sendiri.



Wednesday, January 9, 2013

Semangkuk Meggi 3 : Rebat RM200 untuk telefon bimbit.

Assalamualaikum. Haha. Lama dah tak update ni. Bukan busy tapi malas nak menaip. Idea pun kering nak kongsi dalam blog ni. Tapi takpa, lepas ni mungkin aku akan selalu update. Muahaha.


Oklah isu kali ni berkenaan dengan Rebat RM200 untuk telefon pintar.



Pergh gila ah. Dapat rebat beb. Cayalah kerajaan. Memang rakyat didahulukan betul! - Mahasiswa Universiti swasta.



Haha, suka kan? dapat rebat untuk beli handphone. Bukan senang nak dapat tu. RM200 pula tu. Dah la banyak, handphone sekarang pun makin murah. memang akan dapat lebih penjimatan la. Haha


Semua orang pun suka dapat bonus. Rebat ni pun kiranya macam reward dari kerajaan sebab jadi rakyat Malaysia bawah umur 30 tahun. Bangladesh, Nepal, Honduras, Brazil dan Uruguay tak dapat rebat ni beb. Nak dapat kena lahir kat Malaysia dulu atau jadi warganegara Malaysia yang bertauliah. Haha. Sekarang telefon pintar ni dah merata ada, baik yang murah mahupun yang mahal. Peranti Android dikatakan lebih ekonomi dan mesra pelanggan berbanding dengan peranti yang lain. Ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.


Ok stop dulu bebel benda yang menyimpang tajuk tadi, kita fokus pada tajuk utama. Mungkin orang ramai masih tak nampak apa yang dimaksudkan dengan pemberian rebat ini. Rebat ini untuk membantu belia-belia negara kita untuk lebih berilmu pengetahuan dalam bidang teknologi selain membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk membeli gajet ini. Dalam membuat permohanan rebat ini, anda perlu meneliti beberapa terma dan syarat yang telah ditetapkan. Syarat-syaratnya adalah :


  • Hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur dari 21-30 tahun
  • Pendapatan bulanan adalah sebanyak RM3,000 dan ke bawah
  • Model Telefon Pintar (Smartphone) bawah harga RM500
  • Setiap Belia hanya layak untuk membeli satu telefon pintar
  • Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih mereka yang sedia ada atau memohon untuk pakej baru



Abaikan syarat yang ketiga. Kerajaan telah meminda syarat untuk menghadkan hanya telefon pintar RM500 kebawah. Kiranya kerajaan dah setuju untuk membolehkan semua jenis telefon pintar layak untuk menggunakan rebat ini.


Aku hanya tertarik dengan syarat kelima. Syarat untuk memohon pakej baru.


Ermmmmm . . . . . . . 


Apa pandangan hangpa semua? Nak pakai rebat ni kena daftar pakej postpaid baru. Mungkin ada diantara kita yang agak keberatan terutamanya pelajar universiti. Mana tak nya nak kena bayar sewa rumah, makan minum, buku, alat tulis. Macam-macam lagi la.


Aku bukan tak bersyukur, jangan pulak anda semua salah anggap. Tapi aku simpati dengan orang yang tak berkemampuan kalau bertul-betul nak pakai telefon pintar ni tiba tiba kena langgan postpaid dahulu. Mungkin mereka agak keberatan. Aku pun agak keberatan juga sebabnya aku cuma pakai BIS sebulan RM20 ringgit saja. Tak mampu den nak pakai postpaid bulanan dan ikat kontrak dengan syarikat perkhitmatan talian. Kepada yang sudah sedia ada mengguna khidmat pascabayar, ini satu kelebihan pada mereka.


Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku. Aku tak kisah. Cuma rasa tak berbaloi semata-mata nak rebat ni kena ikat kontrak selama setahun. Ada yang dua tahun. Kepada yang mampu tu, sila abaikan pendapat aku. Haha


Kerajaan cuma nak membantu, aku faham niat mereka. Sebab aku pun memohon rebat ni. Aku rasa prabayar pun sudah memadai untuk melayari internet jika diperlukan. Mungkin di rumah sudah tersedia WIFI. 


Jangan ambil hati dengan nukilan aku ni ye. Hehehehe



Tuesday, July 17, 2012

The World Conspiracies Part 1 : The war begin.

Tajuk je English, tapi isinya aku taip dalam Bahasa Melayu. Kepada yang tak faham, bolehlah Google Translate. Aku beri kebenaran.

Ok, pernah dengar perkataan konspirasi? Ataupun anda semua tahu apa itu konspirasi? Cuma pernah dengar tapi tak tau maksudnya?

Aku nak definisikan sikit pasal konspirasi ni. Definisi ini datang dari aku sendiri. Apa yang aku faham, konspirasi bermaksud sesuatu kejadian, perbuatan, interaksi yang biasanya bersifat rahsia yang boleh menimbulkan kekeliruan dan syakwasangka pelbagai pihak dan juga tiada bukti kukuh untuk membuktikannya. Konspirasi biasanya direka untuk mendapat tarikan pihak lain. Biasanya bersifat negatif hanya untuk menutup kesalahan, kelemahan dan memusnahkan pihak lain. 


Itu serba sedikit pandangan aku. nak lebih lanjut boleh Google.


Konspirasi dunia. Dunia dan konspirasi. Kedua-duanya nampak sama tapi berbeza. Persoalannya, kenapa adanya konspirasi? Jawapannya mudah, hanya kerana untuk mendapatkan perhatian dan mewujudkan perbalahan. 

11 SEPTEMBER 2001. Tarikh yang paling diingati seluruh dunia. Tarikh yang menjadi titik permulaan pencerobohan haram Amerika Syarikat ke atas negara Asia Tengah. 4 buah kapal terbang penumpang telah dirampas dan dijadikan sebagai 'peluru berpandu' telah meranapkan WTC (World Trade Center) dan merosakan sebahagian kecil Pentagon. 


Serangan di merara kedua WTC


Ok, imbas kembali kejadian itu. 2 buah kapal terbang berjaya memusnahkan WTC, sebuah telah merosakan Pentagon dan sebuah lagi terhempas. Osama Bin Laden sekaligus dikatakan bertanggungjawab dengan peristiwa ini. Islam dianggap sebagai pengganas. 

Pesawat yang terhempas itu sepatutnya dalam perjalanan untuk merempuh White House, tapi tak berjaya. 3 buah lagi berjaya. White House dan presidennya terselamat. Pelik kan?

Bangunan semegah WTC boleh ranap dengan hanya rempuhan sebuah pesawat? Ini yang telah membuka mata penyelidik untuk membongkar misteri ini dan telah pun terbongkar dengan adanya pelbagai bukti yang ditunjukkan.

Pentagon dikatakan sebagai bangunan keselamatan paling selamat didunia. Ini terbukti dengan sistem keselamatan yang teliti dan canggih pernah ada didunia. Akan tetapi masih lagi boleh dirempuh pesawat. Hanya suku dari pantagon rosak akibat serangan sebuah pesawat penumpang.


Pentagon ketika serangan


Adakah serangan ini telah dirancang oleh kerajaan Amerika? Ini telah menjadi persoalan ramai orang. Banyak bukti telah diketengahkan. 


Antara buktinya :


1. Kotak hitam pesawat.


2. Isu tenaga minyak


3. Letupan yang terkawal.


Banyak lagi bukti yang telah dirumuskan. Lebih lanjut boleh cari kat Google. Apa-apa pun, kerajaan Amerika telah menyalahkan Islam sebagai pengganas.

Wednesday, July 11, 2012

Tiada Tajuk

Lama rasanya aku tak update blog. Aku tak ada banyak idea sebenarnya. Lagipun aku agak sibuk menguruskan hal diri sendiri. Bukan peribadi, tapi diri sendiri.

Aku pun tak tau nak sembang apa kali ni. Semua isu semasa rasanya dah dibebel oleh blogger lain. Tak perlulah rasanya aku bebelkan lagi. Sekarang dah melepasi pengetahan tahun 2012. Sekejap je aku rasa, macam baru semalam je aku masuk MSU.

Apa yang dah kita lakukan sepanjang pertengahan tahun 2012? Adakah anda dah berjaya cipta rekod dunia? Dah berjaya cipta mesin pengering rambut terpantas? Mesti tak kan?

Boleh tak aku merepek kali ni? 

Pertamanya aku sekarang nak lebih tertumpu pada apa yang aku minat. 

YA! Aku minat dengan programing, software, hardware dalam komputer. Walaupun aku belajar bidang perhotelan, aku kena belajar sesuatu yang baru. Takdelah aku tertumpu pada satu benda je. Sekarang ni semua nak skill yang banyak. 

Yang penting adalah jangan cepat bosan dengan apa yang nak dikejari. Bila anda bosan, perasaan putus asa akan datang. Gagal adalah keputusan yang bakal anda perolehi.

Keduanya, aku kena siap sedia untuk susah. Tiada benda yang senang beb. Kalau ada yang senang, takkan ada bantuan 1 Malaysia tu. Haha

Ish, terlalu merepek. Haha

Nanti la aku update lagi. Otak dah kering kontang dengan idea untuk ditaip. 

Sekian, Wassalam.

Sunday, February 26, 2012

Telefon bimbit

Telefon bimbit sekarang memang gila style. Kalau dulu telefon bimbit takde kaler pun boleh jadi kegilaan, sekarang apatah lagi kan? Banyak dah fenomena kemunculan telefon bimbit baru untuk bersaing dengan jenama lain. Sebenarnya, fenomena telefon bimbit ni dah lama dah berlaku sejak tahun 80an lagi. Kita je tak tau.




Apa kaitan telefon bimbit dengan manusia sekarang?


Orang dulu boleh je hidup, tak pakai handset pon.




Mesti ada dikalangan kita ada mengeluarkan kenyataan diatas kan? Kenapa handset penting buat manusia. Penting sangat ke?





YA!
Memang penting




Tapi tak la sepenting pakaian, makanan, tempat tinggal. Ianya seakan-akan kepentingan kedua yang sepatutnya ada, komunikasi.


Macam- macam jenama telefon bimbit dalam dunia ni. Antaranya




NOKIA


SONY ERICSSON



MOTOROLA


SAMSUNG


BLACKBERRY




APPLE IPHONE


Banyak lagi jenama handset kat luar sana, kalau semua aku nak senaraikan memang tak la. Internet Celcom ni pulak dah lembab. Haha.

Justeru, kita sebagai pengguna telefon bimbit kena tahu kenapa kita beli sesebuah telefon berkenaan. Mengikut spesifikasi telefon adalah sesuatu yang sangat dititik beratkan. Kadang-kadang, sesetengah pengguna tak tahu apa yang ada dalam sesuatu telefon berkenaan, main sebat je beli. Bila dah beli, nanti tak sampai seminggu dah bosan. (lebih kurang macam aku jugak la).


Dalam banyak-banyak telefon yang aku senaraikan diatas, cuma Apple Iphone sahaja yang belum aku perna ada. Yang lain semua pernah. Yang paling aku puas hati adalah Samsung. Serius, Samsung sekarang tak macam dulu. Platform Andoid yang dipasang pada telefon buatkan aku betul-betul teruja.

Tapi, pasni aku nak try pakai Windows phone 7. Pergh, aku tengok review aritu memang kencang gila. Terbaik wokkk. 

Aku sebenarnya bosan petang-petang ni. Tu yang tulis merepek je. Haha


Thursday, February 23, 2012

Cinta Yang Agung.

Cinta. Apa itu cinta? 

Banyak maksud disebalik ayat cinta ini. Boleh menimbulkan pertelingkahan untuk mengolah perkataan pendek ni. Ada yang menyatakan cinta ini sebagai satu perasaan, ada juga mengatakan kasih sayang, ada juga mengklasifikasikan sebagai kegemaran. Banyak maksud disebaliknya.

Ok, mari sama sama kita olah maksud 'cinta' ini.

Ini cuma olahan aku tentang cinta sesama manusia. Cinta sesama manusia bermaksud sesuatu fenomena dalam diri kita sendiri secara semulajadi akan muncul tanpa diduga. Cinta boleh jadi satu penyakit, ubat, pembunuh pada seseorang itu. Taksubnya pada cinta bergantung pada seseorang individu itu sendiri.

Ok, ini cuma pendapat aku saja. Korang aku tak tau lagi. 

Aku sendiri tak pernah berjaya dalam cinta. Cinta maksud aku ialah cinta kepada wanita. Aku pun tak tau kenapa. Tapi yang pastinya aku ni tak pandai ngorat pompuan. Sebenarnya aku takut. Takut nak mencuba. Tiba-tiba nanti kena reject ke, tak ke malu. Mau tak keluar rumah seminggu.

Sekarang ni aku tengok budak sekolah pun pandai dah bercinta. First love kononnya. Mereka anggap ni semua sebagai pemangkin hiduplah, pemberi semangatlah, apa pun tak bolehlah. 

Dalam kajian, pelajar sekolah yang bercinta sakan ni hanya 5% je kahwin berkekalan. Yang lainnya hancur lebur. Orang nak bercinta, dia pun nak bercinta.  Kahwin kejap, cerai. Artis pun sama. Ingat kahwin ni macam langgan line postpaid. Dah bosan, terminate. Naik jelak aku tengok. Bercerai ni memanglah halal, tapi dimurkai Allah. Bergegar Arash Allah pabila talak dilafazkan.

Aku pun tak tau kenapa aku bebel benda ni pepagi buta ni. Tetiba je terasa nak tulis benda ni. Aku pun pernah bercinta lebih dari sekali. Tapi yang aku dapat cuma 1 je iaitu:



NOTHING!
Buang Duit, Masa, tenaga.



Cinta yang sempurna adalah cinta kepada pencipta. Allah sahaja yang memberi segalanya kepada kita, jangan kita sombong kepadaNya. Kerana kita hidup atas buminya, rezekinya, kekayaannya. Bersyukurlah.

Bercinta tak apa, jangan sampai kita lupa asal usul kita dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Itu pesanan utama kepada anda semua dan diri saya sendiri. 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...