Tuesday, May 31, 2011

Blog Kurang 300 Follower


Assalamualaikum. Mesti anda terfikir, kenapa awal-awal entri kali ini aku suakan dengan gambar di atas. Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, ini adalah satu segmen yang dianjurkan oleh saudara Hasrul Hassan dalam blognya. Nak tahu kat mana nak cari blognya? Tak payah google, klik je disini. Marilah kita memeriahkan majlis.


Untuk menyertai segmen ini, setiap blog mestilah kurang daripada 300 followers. Aku adalah salah seorangnya la. He he he.




Oklah, segmen ini juga disertakan dengan soalan : Mengapa anda perlukan followers di blog anda? Jawapan saya adalah saya perlukan followers kerana saya perlukan pembaca yang akan membaca setiap entri saya tak kira apa bangsa, umur, jantina mahupun agama. Saya juga mahukan setiap entri saya menjadi satu percikan pemikiran terutamanya jenerasi masa kini. Juga untuk meningkatkan traffik dalam blog saya. Bukan seperti sendiri tulis, sendiri baca. Hehehe.


Chewah...... Hehehe.


Sekian nukilan saya. 







Monday, May 30, 2011

Siapa ganti Van Der Sar?

Manchester United kini kekosongan posisi penjaga gol utama setelah pemain paling veteren mereka, Edwin Van Der Sar memgumumkan pesaraan beliay secara rasminya pada akhir perlawanan Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari.

Desas-desus bahawa pengganti Edwin Van Der Sar mestilah melepasi piawaian jurulatih penjaga gol kelab itu, mahu pengganti beliau akan mengikut jejak langkah Van Der Sar.

Sir Alex Ferguson (Dua dari Daghlish) mengumumkan bahawa hampir pasti untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Athletico Madrid, David De Gea apabila gagal dengan bidaan keatas Manuel Neuer dan Marteen Stekelenburg.

Marteen Stekelenburg merupakan penjaga gol utama Belanda selepas Van Der Sar bersara dari kemunculan antarabangsa. Beliau juga adalah nadi kepada pasukan Belanda yang muncul sebagai Naib Juara Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan. Kejohanan itu telah dijuarai oleh Sepanyol. Phui!

Manuel Neuer, penjaga gol Schalke yang terbaik pada posisinya. Sukar dibolosi, tegap, kacak dan lelaki. Neuer sedang berebut posisi penjaga gol utama Jerman buat masa ini.

David De Gea, seorang penjaga gol. Korang cari la sendiri kisah dia ni kat google. Naik penat aku taip.






Yang pastinya, Manchester United tidak membida Khairul Fahmi Che Mat untuk menyarung jersi nombor 1 ini. Beliau masih dalam kontrak dengan Kelantan dan bidaannya mungkin akan memecahkan rekod pemindahan Inggeris.


He he he he. . . .

Sunday, May 29, 2011

Sedap ke makanan dengan gelatin babi?

Kini heboh dengan produk makanan yang mengandungi bahan terlarang (haram) yang sudah diklasifikasikan oleh syarak sebagai tidak halal. Antara produk yang baru-baru ini terbongkar adalah produk minuman daripada Kluang Kopitiam (Kluang Station).




Asal Usul Kluang Station adalah di daerah kelahiran aku, Kluang yang telah wujud sejak aku belum dilahirkan lagi (yeke?). Kluang station kopitiam yang asli dan terawal adalah betul-betul di terminal keretapi Tanah Melayu Kluang dan menjadi santapan pagi setiap pengunjungnya setiap pagi. Memang popular dengan roti bakarnya yang lazat.




Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa Produk yang mereka keluarkan mengandungi gelatin babi. Hal ini telah disahkan oleh Jakim setelah siasatan dijalankan.


Tapi, Jakim tak boleh ambil tindakan kerana:

  • Tiada logo pengesahan Halal oleh Jakim pada premis.


Baru baru ni pula, timbul pula cerita tentang Secret Recipe pun guna gelatin babi. Patutlah mahal. He he he.


Eh, jangan salah sangka. Secret Recipe ni bukannya Secret Recipe yang banyak cawangan tu. Premis ni dikenali dengan nama Puratos yang menggunakan nama Secret Recipe, sama seperti Secret Recipe yang berterabur di Malaysia. Nak makan boleh, asalkan bukan nama Puratos ni.

Buktinya ini:




Tapi bagi aku la, toksahlah asik nak berFast food je. Aku bukan suka makan Fast Food ni. Orang yang suka makan Fast Food ni je akan risau nak cari fast food yang halal kelak. He he he.

Saturday, May 28, 2011

Barcelona Juara.

Tahniah buat Barcelona. Hebat permainan mereka. Semua striker jaringkan gol.


Oh ya, Manchester United tadi bermati-matian mempertahankan kubu mereka. Tapi apakan daya, Nasib menyebelahi Barcelona. Aku tak sokong kedua-dua team yang bertanding. Aku cuma menonton sambil ngerteh bersama rakan-rakan. Mana-mana menang pun, bukan aku yang dapat piala. Saja duduk dengan member-member Manchaster United dan Barcelona sambil pakai jersi Liverpool. Eh, silap. Liverfool bak kata kawan-kawan aku.


Jangan pelik pulak. Aku memang suka pakai jersi Liverpool walaupun bukan match diorang. Sebab apa? Sebab aku sokong Liverpool la. Biasalah, bila kita kat Malaysia ni suka team luar negara yang hebat-hebat mesti terasa nak jadi fan juga macam diorang. Eh, Liverpool tak hebat. ARSENAL, CHELSEA, MU, REAL MADRID, BARCELONA lagi hebat. Kan?


Kenapa orang Malaysia ni suka team hebat-hebat je? Team lain tak hebat ke?


Ada korang dengar penyokong Parma ramai-ramai datang kedai mamak tengok bola? Juga ada dengar penyokong AS MONACO kat Malaysia ni? Tak ada kan. Sebab apa? Sebab team diorang tak hebat. Orang Malaysia ni kan suka team yang dah lama hebat je. 


Contohlah bila MU nanti dah jatuh. Asyik kalah je. Pastu dalam liga dah nak turun divisyen. SPURS pulak naik mendadak. Pastu, beli banyak pemain power-power. Masa tu la nanti aku akan dengar




Aku penyokong SPURS. Dari dulu lagi aku tau SPURS ni akan naik




Walhal dulu Penyokong kuat MU.
Sukahati kau lah.




Sekuat mana team yang kau sokong sangat tu, bila kalah nanti kau kutuk. Bila menang balik, kau puja. Kalah, kutuk kaw-kaw balik. Kalau player-player team korang dengar, mampus diorang maki kau balik (Kalau lah).




Dah la, aku nak tidur. He he he.









Notthingham Forest pon pernah menang Champion League jugak. 2 kali berturut-turut tu.



Thursday, May 26, 2011

Kau pakai, aku kena.

Anda semua biasa kan berurusan dengan pihak bank? Biasanya anda pergi ke bank dengan pelbagai urusan. Antaranya yang aku tau :



  • Pergi ke mesin ATM, masuk kad, tekan pin, tekan jumlah, duit keluar.

  • Pergi kaunter, keluarkan buku bank, buat simpanan.

  • Pergi kaunter, jumpa banker, cakap nak buka akaun.

Betul tak?


Tapi yang aku nak cerita sekarang bukan pasal point diatas. Pernah tak bank telefon anda sebab anda sebagai penjamin pinjaman? Kalau tak pernah, ada dialu-alukan membaca entri ini.


Satu hari, mase aku sedang enak menikmati roti canai dan teh o ais limau di sebuah kedai mamak tiba-tiba satu panggilan mengejutkan aku. Dari *** Bank pasal pinjaman member aku ni. Dia sangkut beribu jugak la. Aku pun tak tau bila masa aku compom jadi penjamin. Dia tak mintak aku sain ape-ape pun. Tiba-tiba je dia mintak aku call member aku ni sebab dia tak dapat nak hubungi BELIAU.


Aku pun cuba hubungi member aku ni. Tak dapat jugak. Aku biar je la (nanti dia settle la tu).


Masuk hari ni, dah 7 kali bank telefon aku (berlainan bank plak tu). Cakap benda yang sama lak tu. Aku naik bosan plak dengar, naik marah pun ada (bukan dengan bank, dengan member aku la). 



Ada ketika tu, dia nak hantar report kat Bank Negara sebab nak blacklist kan nama aku dengan member aku dari sebarang pinjaman. Pergh, pedih ulu hati aku rasakan! (minum Gaviskon pon tak gua).


Ok, apa korang rasa bila terjadi seperti ini pada korang? Aku tak tahu menahu pasal benda ni tiba-tiba je termasuk sekali dalam masalah ni. Sudahlah, aku akan cuba jugak tanya member aku supaya BELIAU settlekan masalah ni secepat mungkin. CIS!




Pinjam tak apa, janji tak susahkan sesiapa. 

Betul ke Kelantan kalah?

Eh, kenapa ayat aku ni macam perli je? Kuat sangatkah pasukan kelantan sampai tajuk aku macam pelik?

Ah, peduli apa. Aku bukan penyokong Kelantan pun. Tapi aku ada beli jersi Kelantan. Nampak macam smart pula. Keh keh keh.


Semalam punyalah aku speed-up motor aku untuk tengok liga Malaysia, kedai tu cuma tunjuk match Selangor Vs Harimau Muda A je. Aku layankan je la sambil sembang dengan member yang baru aku angkut sekali tadi. Sekali kalah da Selangor. 3 kali berturut-turut pulak tu (betul ke ni?). Aku ingat bila Selangor kalah, Kelantan selesa la berada di puncak liga. Sekali kalah jugak da. Tempat sendiri pulak tu. 


Aku still lepak lagi sampai kul 12. Sembang-sembang hal elwal pembangunan kat Kluang ni. Datang la plak satu angkatan motorsikal lepak selang 3 meja dari aku. Member aku cakap, diorang ni baru habis main futsal.
Maklumlah diorang tu ramai, mesti la kecoh sampai aku leh dengar ape yang diorang sembangkan.


Ada satu ketika, aku terdengar la seorang dari mereka cakap :




"Gua aritu tengok match Johor FC lawan Kelantan kat JB aritu. Aku selisihlah sorang mamat Kelantan. Punyelah berlagak, dia cakap Johor FC ni senang je nak belasah. Kalau aku jumpa mamat tu, tau la nasib lu"



Aku macam nak ketawa dengar. Badan kecik macam tu ada hati nak tibai orang. Ha Ha Ha.


Aku Lupa! Aku pakai jersi Kelantan pula time tu. Alamak, nasib diorang tak perasan. Aku buat tak tau je. Nasib baik Kelantan kalah. Kalau tak, menang aku kena perli la kat sini. Pastu, aku pun terus chow.

Balik tu, aku tengok la kat Facebook. Ada 1 page namanya 'I Love Kelantan' Post satu video. Video pasal gol kontroversi. Aku tak pasti gol ke tak. Tapi aku tgk 2-3 kali macam dah lepas garisan. Gol la tu. 

Nak tengok lagi lanjut, lihat ini.

Kalau korang baca komen-komen diorang, memang kutuk je memanjang. Diorang je yang betul. Fitnah lagi pun ada. Adoi, melayu-melayu....






Gua Respek Norshahrul Idlan Talaha. Lu memang Terbaik. Tapi, kalau aku jumpa jersi Keeper hitam macam Apek pakai, memang gua terus beli. 

He He He..

Tuesday, May 24, 2011

Tanah Runtuh Bagaikan Bom Jengka.

Satu fenomena terbaru berlaku di tanah kebanggaan kita, kejadian tanah runtuh yang berlaku mengorbankan 16 nyawa yang terdiri daripada anak-anak yatim yang sedang membuat persiapan untuk satu majlis yang berlangsung pada hari terjadinya tanah runtuh berkenaan. Bagaimana hal ini boleh berlaku?


Umumnya, kita memang mengetahui bahawa negara kita bebas dari sebarang tindakbalas gunung berapi dan gempa bumi kerana kita berada diluar kawasan lingkaran api pasifik. Akan tetapi, kita patut menyedari bahawa tiada yang mustahil di dunia ini boleh berlaku lebih-lebih lagi kita sekarang berada di akhir zaman. Pelbagai perkara boleh berlaku diluar jangkaan kita.


Mengikut statistik, kawasan-kawasan seperti di Bukit Antarabangsa, Hulu Selangor adalah kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kejadian tanah runtuh. Ini kerana banyak kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan tanah tinggi dan kawasan pergerakan bawah tanah yang sangat aktif yang dijadikan sebagai kawasan penginapan mewah (sila tengur jika saya tersalah fakta).


Berikut adalah antara fakta-fakta yang diperoleh untuk tatapan umum :




* 30 Jun 1995: 21 orang terkorban manakala 23 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong Karak.


* Pada tahun 1996: Kejadian tanah runtuh berlaku pada tahun baru apabila sebahagian Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang runtuh.Kejadian berhampiran tiga blok flat kawasan perumahan yang didiami 130 keluarga itu tidak mengorbankan nyawa.


* 25 Disember 1997: Tanah runtuh di Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor mengorbankan tiga orang.


* 15 Mei 1999: Penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay, Jalan Hulu Klang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sepanjang 100 meter. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut.


* 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang milik bekas panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan rumahnya.


Dalam kejadian itu, isterinya Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta pembantu rumah Indonesia terkorban.


* 31 Mei 2006: 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang musnah akibat runtuhan tanah dan empat sekeluarga terkorban.


* 30 November 2008: Dua beradik, Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terkorban selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut meranapkan sebuah banglo di Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor.


* 6 Disember 2008: Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo.



Bernama.


Lagi Info, baca ini.


Gambar Sebagai Hiasan


Sama-samalah sedekahan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dan berdoa semoga kita dihindarkan dari segala bencana alam lain.











Pemaksaan Berganda.

Tajuk entry kali ni agak pelik. Tau kenapa?

Kali ni aku nak cerita sikit la pasal paksa-memaksa ni. Korang rasa lah kan, siapa diantara lelaki dengan perempuan yang terlalu memaksa? Kalau lelaki mesti jawab perempuan, begitu juga sebaliknya pada kaum hawa. Kan??

Tadi lah aku tertengoklah satu drama di saluran TV3 yang mengesahkan tentang kehidupan suami isteri. 
Si isteri ni pula asyik paksa laki dia ni nak beli barang kemas. Walhal si suami ni kerja sebagai kerani kat sekolah je. Nak bagi anak duit belanja lagi, beli barang dapur lagi. Kalau aku la, pengsan seh.

Kenapa la boleh jadi sedemikian rupa? Dimanakah janji-janji mu semasa bercinta? Mahu berkangsi suka dan duka? ini tak. Suka ko dapat, yang lain dia lah tanggung. Terbaik Lah Kau!

Aku bukan nak cakap yang perempuan ni suka memaksa. Ada segelintirnya saja. Kita kena ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan kita. Jangan kerana tak dapatkan sesuatu, terus bercerai berai. Bergegar Arash Allah nanti. Bercerai adalah perkara yang dihalalkan tapi dilaknat Allah.

Lelaki pun ada memaksa jugak. Tak semua orang sempurna. Kadang-kadang kita terasa kita boleh memberi kepuasan kepada pasangan kita, tapi hanya pasangan kita sahaja tau apa yang dinikmatinya (Eh, dah macam Dr Fadilah Kamtumi ler) Hehe

Apa-apa pun, Jangan ikut budaya barat. Mereka tu Otak berkarat.


Monday, May 23, 2011

Selesai sudah tugas beliau. Edwin Van Der Sar.

Siapa Edwin Van Der Sar ni? Pemungut hutang ke? adik Mail Lambung ke?

Ha, Beliau adalah seorang pemain bola sepak di posisi penjaga gol yang baru sahaja mengecapi mungkin piala terakhir dalam karier beliau. Manchester United adalah kelab terakhir beliau sebelum beliau akan Officially bersara selepas Uefa Champion League Sabtu depan.

Semalam aku tengok dia main pon macam kurang semangat je. Bolos 2 gol gak. Tapi gua salut lu beb. Lu still leh main baik lagi walaupun umur dah cecah 40. 

Aku sedih gak tgk bola mase MU nak julang piala semalam. Dia berucap depan Penyokong dengan hasrat mahu bersara (agaknya la kot). Nak tengok sendiri? Check this out!

Dia nak bersara doh. Gua tetap minat dia walaupun dia dah bersara. 

Farewell EVDS!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...