Wednesday, July 28, 2010

Uptown Shah Alam.

Tadi aku baru je balik dari UPTOWN SHAH ALAM. Mula2 kawan2 ajak minum2 je pas abis meeting lepas bedal piza aku tu. Haha. Mulanya aku cuak juga sebab takut pagar tangga umah aku tu akan kunci. Tapi aku bedal gak pegi.

Ok, sesampainya di sana, aku g la tempat port minum biasa. Akan Tetapi........

   "Cis, Tutup pulak kedai ni. Baru je nak pekena nasi kukus. Ni kena cari port lain la pulok. Hampeh" kataku dalam hati.

Lepak la kat kedai sebelah. Mak bapak! Mahal gila makanan dia. Dah makan baru aku perasan mahal. Dah makan nak wat camne, bayar je la.

Kawan2 cadang nak balik, tapi aku ingat nak cari jersi kegemaran aku dulu. Season ni plak dia pakai Patern lain, lagi smart! Ha, ni la Jersi Pujaan aku!





Cari punya cari, Akhirnya aku jumpa! banyak yang aku jumpa. Tapi, beso la pulok. Cari2 yang lain x jumpa. Beso nak wat ape beli. Terpaksa la aku cari Alternatif lain. Cari tempat lain. Aku hampa......


P/S: Walau macamana sekalipun, LIVERPOOL tetap DIHATI. You'll Never Walk Alone!!!


UPTOWN SHAH ALAM

Tuesday, July 27, 2010

Game Facebook. Ninja Saga.

Kat Facebook sekarang dah macam2 application ada. Game lah, Quiz lah, macam2 kejadah lain lah. sampai ada yang buat account lain semata2 nak main application kat dalam tu. Gila kentang betol. Tapi yang pasti kini, aku nak kongsi sikit serba-serbi game yang aku ngah main sekarang kat Facebook. Nak tau? Ini dia.


Jeng, Jeng, Jeng! Ninja Saga. Makin syok plak aku main game ni. X sedar plak yang aku dah level 15. Kejap gile. Haha

Dulu pon aku pernah jugak main game facebook. Tapi kejap je, pastu aku tinggal. Reason why aku main balik game Facebook ni adalah:

  •  Sebab aku bosan la plak kalo kat umah.

  •   Dah xde benda lain nak bukak kat internet.

  •  Tengok Housemate main macam show je.

  •  Sebab dia game lawan2. Kalo setakat macam Game pokemon nak wat pe.

  •  Susah giler nak naik Level. Itu lah aku suker. Cabaran.

  •  Sebab line Internet rumah aku ni laju. Hahahaha

Inilah senarai sebab2 kenapa aku main balik game Facebook. Hahaha. Memang show la main Ninja Saga ni. Xrugi aku main.

P/S: Sampai aku lupa nak study, minggu depan dah midterm. Aduh.

Layan kerenah diri punya pasal, jadi huru hara. Asalkan tak mengganggu orang lain, Sudeh........

Monday, July 26, 2010

Shah Alam - Putrajaya - Serdang

Jumaat lepas, Aku dan segerombolan manusia telah merancang untuk ke Putrajaya, sebab ade kerja sikit nak buat. Bertolaklah kami ber 7 orang ke Putrajaya pada pagi Sabtu. Dengan berbekalkan walkie talkie,  2 buah kereta dan 2 orang pemandu kami pun mulakan perjalanan ke Putrajaya. Bermulalah sesuatu yang tidak diingini. Ianya bermula dengan Epy. Pandai2 je dia g ubah frequency walkie talkie aku. Dah kena setting balik. Dan kami pun dengan kepandaian setelah mengambil subject Multimedia Technology, setting la balik benda alah tu. Makin jahanam plak. Ha, yang berbaju biru tu la Epy. Beliau adalah Driver kereta pertama kami dan juga pemilik kereta itu. Yang berbaju Kuning ala Kaka tu Ikram namanya. Beliau sangat suka pegang walkie talkie member aku tu. Oleh kerana Walkie Talkie aku tu tersalah setting, aku terpaksa balik tukar. Dan 1 lagi kereta tu dah melulu laju ke Putrajaya. Hampeh betul, x tunggu pon.

Next aku dan kereta Epy yang ketinggalan jauh tu cubalah memecut untuk mengejar. Akan tetapi, kami tersalah jalan lagi. Terpaksalah cari orang nak tanya. Dan akhirnya sampai juga ke Putrajaya. Mula2 aku pun x tau nak wat pe kat Putrajaya ni, jadi aku pon amik la gambar dulu. Yang lain pon turut sama menyertai. Aku xpernah sampai sana, memanglah agak jakon. Yang kat sebelah kiri ni namanya Azlee, dia ni penumpang kereta kedua. Sempat lagi dia pose gaya Katty Perry. Lantak ko la Azlee. Ha, jangan lupa add dia kat Facebook. Dari hari tu dia dok ingatkan aku.

Dalam masa yang sama juga, kami pon solat Zohor dia sana. Tiba2 selepas kami solat, kami diarahkan oleh tuan President untuk ke Serdang. Iaitu Mardi. Aiseh, baru je nak lepak tengok konsert. Tapi xpe, tugas mesti diselesaikan terlebih dahulu. Perjalanan ke Serdang mengambil masa 2 jam. Ha? betol ke? Betol. Kitorang sampai tawaf Putrajaya 2 kali. Apa la punya bangang kitorang. tapi akhirnya sampai tepat jam 5. Haha. Hebat bukan? Yang sebelah kanan ni plak yang beranak panah kuning namanya Randy. Dia ni asik ngan notebook dia yang "platinum" tu je. Sejak beli xpernah lekang dengan buku dia tu. Yang anak panah Hitam tu plak Zaidi, seorang pemuda yang berpotensi menjadi Ahli bina badan. Beliau juga Penyokong setia Germany. Ok, sesampainya di Mardi, kami pun tengoklah tapak untuk Event kami nanti. Siap leh kira2 lagi. ada yang siap amik gambar tanda kenang2an lagi. Ha, yang kat kiri atas ni pula namanya Ameer. Dia ni pelik sedikit. Tengoklah gambarnya. Aku terpaksa tapis kerana akan mengakibatkan penyakit kencing tidak lawas kepada sesiapa yang melihatnya. Haha.

Setelah bertungkus lumus mencari idea dan mencari cara untuk event nanti, kami pon bertolak balik. Kami sempat mengambil gambar kenang2an tanda kerjasama diantara 7 orang sekawan.


Dari kiri: Ikram, Randy, Ameer, Azlee, Zaidi, Epy, Aku

Computer Processor. INTEL vs AMD.

Aku ada terbaca satu artikel mengenai Processor Komputer ni. Aku terasa pula nak berkongsi serba sedikit pengetahuan aku tentang processor. Kini, diketahui bahawa pertembungan 2 gergasi pengeluar Processor utama dunia, INTEL dan AMD sedang sibuk bersaing antara satu sama lain. Apa kelebihan INTEL dan juga AMD? Di sini aku sertakan beberapa pendedahan mengenai kedua2 benda alah ni.

 
AMD
 
Dikenali sebagai ADVANCE MICRO DEVICE, berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pengeluar Mikroprocessor kedua selepas INTEL. AMD mengeluarkan produk yang utama iaitu Microprocessor, Chipset Motherboard dan unit pemprosesan grafik untuk komputer peribadi, teknologi pemproses untuk televisyen digital dan permainan. AMD memperkenalkan konsep 'Better By Design'. Iaitu satu konsep dimana AMD menyarankan satu set produknya untuk digabungkan bagi menghasilkan satu set PC/Laptop yang bersesuaian dengan cara penggunaannya. Better By Design dibahagikan kepada 4 iaitu Enthusiast, Performance, Mainstream dan juga Value. Kebanyakan pengguna yang sukakan permainan dan kerja berasakan grafik yang tinggi menggunakan AMD. AMD menggunakan Kad Grafik ATI sebagai basic.


 
INTEL
 
Intel Corporation adalah sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu. Intel juga membuat kad rangkaian, chipset papan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasuk MEMS.
Intel mengganti logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Slogan lamanya "Intel inside" diganti dengan "Leap ahead".

Kebanyakan pengguna keliru dengan kedua2 processor ini. Mungkin kebanyakan pengguna di luar sana lebih memilih INTEL kerana intel lebih terkenal berbanding dengan AMD. Sedangkan makcik2 di kampung yang tidak tahu menahu pun ada sebilanganya tahu apa itu INTEL. Pada kita, kedua2nya kita sedia maklum ada kelemahan dan kekurangannya. Kedua2 processor ini bersaing untuk meningkatkan kualiti dan kelajuan produk masing-masing. Dulu, berbanding INTEL, AMD lebih mudah panas dan dikatakan lebih menggunakan kuasa. Kini, AMD telah mengenalpasti punca dan menyelesaikan masalah sedemikian untuk memuaskan hati pengguna. INTEL buat pertama kalinya memperkenalkan CORE DUO, Iaitu dua microprocessor digabungkan menjadi satu sistem Processor. Ini bermakna, sesebuah komputer yang menggunakan processor ini diibaratkan sebagai kelajuan 2 komputer dalam 1 masa. Sebagai contoh INTEL yang menggunakannya Adalah INTEL CORE 2 DUO. AMD juga memperkenalkan sistem yang sama, tetapi berlainan kelajuan dan penggunaan. Contohnya AMD ATHLON (tm) II DUAL-CORE.

P/S: Aku sekarang ni pon guna AMD. Aku memang puas hati la pakai AMD. walaupun murah, tapi berkualiti. Main game pon Seronok.

Saturday, May 8, 2010

End of our Relationship

Dunia. Ada pertemuan, ada perpisahan. Sama macam aku. Hari ini, tanggal 8/5/2010 maka berakhirlah Hubungan cinta 2 insan. Antara aku dan dia. Jam 3 petang nanti, aku akan menemuinya buat kali terakhir sebagai seorang Kekasih. Selapas pertemuan itu, aku tidak lagi digelar Kekasih, tetapi hanya digelar sebagai kawan. Aku dapat menyangka semua yang aku impikan selama ini hanya mimpi. Mimpi yang tidak pasti. Hidup Aku kini hanya dikelilingi manusia bergelar kawan. Tiada lagi seorang yang bergelar Teman. Aku tidak menyangka semua ini akan berakhir sedemikian rupa. Tempoh 2 minggu yang aku berikan kini sudah luput. Dan jawapannya telah aku kenal pasti. Aku telah mengetahui segalanya sebelum dia akan meluahkan isi hatinya yang mungkin terbeku untuk diluahkan. Kali ini aku pasti, keputusan aku pun akan menentukan segalanya. Aku redha ketentuan Ilahi. Dia tidak meredai hubungan suci ku ini. Apa yang aku hajatkan cuma satu yang tercapai, aku ingin melihatnya gembira. Kini, pengorbanan ku ini ku harap akan berbaloi. Insyaallah. 


Kamu, Saya Sayang Kamu. Segala-galanya sudah tertulis. Saya kalah. kalah dalam pertarungan ini. Apa yang pasti, Hanya aku sendiri yang tahu. Apa yang perlu kamu tahu adalah "Saya SAYANG kamu selamanya". Kamu tiada galang gantinya. Saya doakan, semoga kamu berbahagia dunia dan akhirat. Kerana yang pasti, kamu tetap dihati saya sampai ke akhir waktu.

Friday, April 30, 2010

Pagi Yang Gelap

Keheningan pagi yang membuatkan aku terasa ingin menulis blog. Satu anggapan manusia yang baru sebentar tadi aku baca - "Kenapalah nak menipu untuk dapatkan perhatian". adakah ianya ditujukan oleh aku? Ape yang aku dah buat? Adakah benda yang betul telah disalah tafsirkan seperti meminta belas kasihan?

Dunia ini memang adil. Setiap yang kita lakukan mesti akan dibalas yang sama. Sama? Ape yang same? Dunia aku, adalah dunia aku kini. Kadang-kadang aku sanggup tutup mulut aku semata2 ingin menjaga hatinya. Tapi, kenyataan baru beliau sungguh memeranjatkan aku. Aku betul2 x sangka, dia boleh mengeluarkan kenyataan berbaur kehinaan ni. Aku sangat2 yakin, ianya ditujukan kepada aku. Aku hanya mampu terkedu, tertelan air liur kerana terbaca kenyaan beliau itu.

Sekarang ni aku dah sedar, betul2 aku sedar. Orang yang aku betul2 sayang ni la yang akan menjatuhkan diri aku sendiri. Adakah salah aku ni seperti aku sedang berasmara dengan perempuan lain? Aku binggung.

Satu lagi kenyataan beliau - "Kenapa la manusia ni suka buat andaian negatif dulu sebelum Positif?". sebelum aku menulis lebih lanjut lagi, beliau perlu cermin diri sendiri dulu. Semasa beliau berada dalam dilema persahabatan dulu, beliau juga pernah berfikiran negatif. Jangan cuba nak menunding jari ke mana2 pihak sebelum mencerminkan diri sendiri. Aku pun pernah, semua manusia pon pernah. Aku terkejut. Jam menunjukan 3:21 pagi, sebentar lagi aku kena bergerak jauh. jauh, dan jauh. walau sejauh mana pon aku cuba lari, hatiku tetap masih ade ruang untuknya. Matlamt aku belum sempurna lagi, melainkan jika aku dapat ubah persepsi dirinya dan aku sendiri. Aku masih terkait2 diatas dahan yang reput................

Tuesday, April 27, 2010

Ape Maksud Sahabat, Kawan, Teman?

Sahabat. Kebanyakan orang menggelar kawan karibnya sebagai sahabat. Adakah mereka patut digelar sahabat?
Sahabat tidak beerti jika hanya tertumpu pada kesenangan semata-mata. Sahabat perlu ada ketika kita berada dalam keadaan senang, susah dan sewaktu dengannya. Maksud sebenar Sahabat adalah tidak kira kita susah atau senang, mereka akan tetap berada menyokong kita. Itu adalah Maksud Sahabat sebenar.

Kawan. Lebih dikenali sebagai KENALAN. Mereka ini akan berada disisi kita bila kita dekat dengan mereka. Kita kadang kala mudah terlupa, kawan boleh makan kawan sendiri. Contoh yang terdekat boleh diambil oleh rakan kita sendiri. Tidak 100% pemikiran mereka akan menyokong anda. Mereka ni bagaikan Musuh dalam selimut yang boleh membinasakan diri kita sendiri. Berwaspadalah kita dari cengkaman kawan mahupun rakan yang akan menjerat diri kita sendiri suatu hari nanti.

Teman. Teman tapi mesra. Ungkapan ini sudah selalu kedengaran di gegendang telinga kita. Adakah Sahabat ataupun Kawan kita boleh dijadikan Teman kita hingga ke akhir hayat? Teman beerti mereka inilah yang akan bersama kita hingga ke penghujung waktu. Tapi, Seorang Teman tidak boleh membantu kita di Akhirat Kelak melainkan Amalan kita sendiri. Jangan terlalu mengagung-agungkan Teman kita kerana mereka sendiri juga akan menghadapi rintangan bersendirian Di Akhirat kelak.

Aku disini ingin menceritakan serba sedikit tentang ape yang berlaku sejak seminggu ni. Orang yang aku sangat harapkan untuk membantu aku mengharungi rintangan bagaikan hilang begitu sahaja. Dia umpama kilat. Lesap begitu sahaja. Aku kini perlukan seseorang yang boleh dijadikan teman mendengar segala masalah, berkongsi suka dan duka bersama. Ternyata aku masih silap memilih. Dia hanya berada bila aku berada dalah keadaan senang. Bila aku susah, dia pon mengaku dia susah. Aku x nak harapkan apa-apa, cuma dengar dan fahami masalah yang aku harungi ni. Sakit aku makin menjadi-jadi. Entah esok, lusa mungkin aku Akan pergi menghadap Ilahi. Betul cakap seorang daripada kawan aku, "Kawan, Teman, Sahabat kita x kan membantu kita Masuk syurga melainkan kita sendiri yang berusaha". Kini aku dah sedar, Hilangnya Moral aku entah kemana. Aku perlukan Waktu untuk diri aku sendiri. Mencari kemana hilangnya Moral yang selama ini aku lupakan. Kepada kawan-kawan diluar sana, Hidup ini penuh pancaroba. Dunia ini adalah sementara. Ingatlah, sekuat mana pun Persahabatan, Keimanan kita akan menguasai segalanya. Aku berharap Suatu Hari nanti Aku akan Ditemukan dengan seseorang yang mampu menaikan semangat aku kembali. Aku redha KetentuanNya. Teman aku pergi bukan kehendakku. Kuasa Allah lebih Kuat. Aku hambamu yang hina. Aku berserah segalanya. Andai Kata Aku tidak kuat Mengharungi Sakit yang Engkau berikan, Kau ambillah Nyawaku. Aku x Mampu menghalangnya. Waallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...