Tuesday, July 17, 2012

The World Conspiracies Part 1 : The war begin.

Tajuk je English, tapi isinya aku taip dalam Bahasa Melayu. Kepada yang tak faham, bolehlah Google Translate. Aku beri kebenaran.

Ok, pernah dengar perkataan konspirasi? Ataupun anda semua tahu apa itu konspirasi? Cuma pernah dengar tapi tak tau maksudnya?

Aku nak definisikan sikit pasal konspirasi ni. Definisi ini datang dari aku sendiri. Apa yang aku faham, konspirasi bermaksud sesuatu kejadian, perbuatan, interaksi yang biasanya bersifat rahsia yang boleh menimbulkan kekeliruan dan syakwasangka pelbagai pihak dan juga tiada bukti kukuh untuk membuktikannya. Konspirasi biasanya direka untuk mendapat tarikan pihak lain. Biasanya bersifat negatif hanya untuk menutup kesalahan, kelemahan dan memusnahkan pihak lain. 


Itu serba sedikit pandangan aku. nak lebih lanjut boleh Google.


Konspirasi dunia. Dunia dan konspirasi. Kedua-duanya nampak sama tapi berbeza. Persoalannya, kenapa adanya konspirasi? Jawapannya mudah, hanya kerana untuk mendapatkan perhatian dan mewujudkan perbalahan. 

11 SEPTEMBER 2001. Tarikh yang paling diingati seluruh dunia. Tarikh yang menjadi titik permulaan pencerobohan haram Amerika Syarikat ke atas negara Asia Tengah. 4 buah kapal terbang penumpang telah dirampas dan dijadikan sebagai 'peluru berpandu' telah meranapkan WTC (World Trade Center) dan merosakan sebahagian kecil Pentagon. 


Serangan di merara kedua WTC


Ok, imbas kembali kejadian itu. 2 buah kapal terbang berjaya memusnahkan WTC, sebuah telah merosakan Pentagon dan sebuah lagi terhempas. Osama Bin Laden sekaligus dikatakan bertanggungjawab dengan peristiwa ini. Islam dianggap sebagai pengganas. 

Pesawat yang terhempas itu sepatutnya dalam perjalanan untuk merempuh White House, tapi tak berjaya. 3 buah lagi berjaya. White House dan presidennya terselamat. Pelik kan?

Bangunan semegah WTC boleh ranap dengan hanya rempuhan sebuah pesawat? Ini yang telah membuka mata penyelidik untuk membongkar misteri ini dan telah pun terbongkar dengan adanya pelbagai bukti yang ditunjukkan.

Pentagon dikatakan sebagai bangunan keselamatan paling selamat didunia. Ini terbukti dengan sistem keselamatan yang teliti dan canggih pernah ada didunia. Akan tetapi masih lagi boleh dirempuh pesawat. Hanya suku dari pantagon rosak akibat serangan sebuah pesawat penumpang.


Pentagon ketika serangan


Adakah serangan ini telah dirancang oleh kerajaan Amerika? Ini telah menjadi persoalan ramai orang. Banyak bukti telah diketengahkan. 


Antara buktinya :


1. Kotak hitam pesawat.


2. Isu tenaga minyak


3. Letupan yang terkawal.


Banyak lagi bukti yang telah dirumuskan. Lebih lanjut boleh cari kat Google. Apa-apa pun, kerajaan Amerika telah menyalahkan Islam sebagai pengganas.

Wednesday, July 11, 2012

Tiada Tajuk

Lama rasanya aku tak update blog. Aku tak ada banyak idea sebenarnya. Lagipun aku agak sibuk menguruskan hal diri sendiri. Bukan peribadi, tapi diri sendiri.

Aku pun tak tau nak sembang apa kali ni. Semua isu semasa rasanya dah dibebel oleh blogger lain. Tak perlulah rasanya aku bebelkan lagi. Sekarang dah melepasi pengetahan tahun 2012. Sekejap je aku rasa, macam baru semalam je aku masuk MSU.

Apa yang dah kita lakukan sepanjang pertengahan tahun 2012? Adakah anda dah berjaya cipta rekod dunia? Dah berjaya cipta mesin pengering rambut terpantas? Mesti tak kan?

Boleh tak aku merepek kali ni? 

Pertamanya aku sekarang nak lebih tertumpu pada apa yang aku minat. 

YA! Aku minat dengan programing, software, hardware dalam komputer. Walaupun aku belajar bidang perhotelan, aku kena belajar sesuatu yang baru. Takdelah aku tertumpu pada satu benda je. Sekarang ni semua nak skill yang banyak. 

Yang penting adalah jangan cepat bosan dengan apa yang nak dikejari. Bila anda bosan, perasaan putus asa akan datang. Gagal adalah keputusan yang bakal anda perolehi.

Keduanya, aku kena siap sedia untuk susah. Tiada benda yang senang beb. Kalau ada yang senang, takkan ada bantuan 1 Malaysia tu. Haha

Ish, terlalu merepek. Haha

Nanti la aku update lagi. Otak dah kering kontang dengan idea untuk ditaip. 

Sekian, Wassalam.

Sunday, February 26, 2012

Telefon bimbit

Telefon bimbit sekarang memang gila style. Kalau dulu telefon bimbit takde kaler pun boleh jadi kegilaan, sekarang apatah lagi kan? Banyak dah fenomena kemunculan telefon bimbit baru untuk bersaing dengan jenama lain. Sebenarnya, fenomena telefon bimbit ni dah lama dah berlaku sejak tahun 80an lagi. Kita je tak tau.




Apa kaitan telefon bimbit dengan manusia sekarang?


Orang dulu boleh je hidup, tak pakai handset pon.




Mesti ada dikalangan kita ada mengeluarkan kenyataan diatas kan? Kenapa handset penting buat manusia. Penting sangat ke?





YA!
Memang penting




Tapi tak la sepenting pakaian, makanan, tempat tinggal. Ianya seakan-akan kepentingan kedua yang sepatutnya ada, komunikasi.


Macam- macam jenama telefon bimbit dalam dunia ni. Antaranya




NOKIA


SONY ERICSSON



MOTOROLA


SAMSUNG


BLACKBERRY




APPLE IPHONE


Banyak lagi jenama handset kat luar sana, kalau semua aku nak senaraikan memang tak la. Internet Celcom ni pulak dah lembab. Haha.

Justeru, kita sebagai pengguna telefon bimbit kena tahu kenapa kita beli sesebuah telefon berkenaan. Mengikut spesifikasi telefon adalah sesuatu yang sangat dititik beratkan. Kadang-kadang, sesetengah pengguna tak tahu apa yang ada dalam sesuatu telefon berkenaan, main sebat je beli. Bila dah beli, nanti tak sampai seminggu dah bosan. (lebih kurang macam aku jugak la).


Dalam banyak-banyak telefon yang aku senaraikan diatas, cuma Apple Iphone sahaja yang belum aku perna ada. Yang lain semua pernah. Yang paling aku puas hati adalah Samsung. Serius, Samsung sekarang tak macam dulu. Platform Andoid yang dipasang pada telefon buatkan aku betul-betul teruja.

Tapi, pasni aku nak try pakai Windows phone 7. Pergh, aku tengok review aritu memang kencang gila. Terbaik wokkk. 

Aku sebenarnya bosan petang-petang ni. Tu yang tulis merepek je. Haha


Thursday, February 23, 2012

Cinta Yang Agung.

Cinta. Apa itu cinta? 

Banyak maksud disebalik ayat cinta ini. Boleh menimbulkan pertelingkahan untuk mengolah perkataan pendek ni. Ada yang menyatakan cinta ini sebagai satu perasaan, ada juga mengatakan kasih sayang, ada juga mengklasifikasikan sebagai kegemaran. Banyak maksud disebaliknya.

Ok, mari sama sama kita olah maksud 'cinta' ini.

Ini cuma olahan aku tentang cinta sesama manusia. Cinta sesama manusia bermaksud sesuatu fenomena dalam diri kita sendiri secara semulajadi akan muncul tanpa diduga. Cinta boleh jadi satu penyakit, ubat, pembunuh pada seseorang itu. Taksubnya pada cinta bergantung pada seseorang individu itu sendiri.

Ok, ini cuma pendapat aku saja. Korang aku tak tau lagi. 

Aku sendiri tak pernah berjaya dalam cinta. Cinta maksud aku ialah cinta kepada wanita. Aku pun tak tau kenapa. Tapi yang pastinya aku ni tak pandai ngorat pompuan. Sebenarnya aku takut. Takut nak mencuba. Tiba-tiba nanti kena reject ke, tak ke malu. Mau tak keluar rumah seminggu.

Sekarang ni aku tengok budak sekolah pun pandai dah bercinta. First love kononnya. Mereka anggap ni semua sebagai pemangkin hiduplah, pemberi semangatlah, apa pun tak bolehlah. 

Dalam kajian, pelajar sekolah yang bercinta sakan ni hanya 5% je kahwin berkekalan. Yang lainnya hancur lebur. Orang nak bercinta, dia pun nak bercinta.  Kahwin kejap, cerai. Artis pun sama. Ingat kahwin ni macam langgan line postpaid. Dah bosan, terminate. Naik jelak aku tengok. Bercerai ni memanglah halal, tapi dimurkai Allah. Bergegar Arash Allah pabila talak dilafazkan.

Aku pun tak tau kenapa aku bebel benda ni pepagi buta ni. Tetiba je terasa nak tulis benda ni. Aku pun pernah bercinta lebih dari sekali. Tapi yang aku dapat cuma 1 je iaitu:



NOTHING!
Buang Duit, Masa, tenaga.



Cinta yang sempurna adalah cinta kepada pencipta. Allah sahaja yang memberi segalanya kepada kita, jangan kita sombong kepadaNya. Kerana kita hidup atas buminya, rezekinya, kekayaannya. Bersyukurlah.

Bercinta tak apa, jangan sampai kita lupa asal usul kita dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Itu pesanan utama kepada anda semua dan diri saya sendiri. 








Friday, February 3, 2012

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!

Blogger dan Vlogger

Entri kali ni aku nak bercerita sikit tentang medium penyampaian di internet. Macam-macam yang boleh kita dapat thru internet. Antara yang aku nak cerita sekarang adalah Blogger dan Vlogger.

Blogger - Korang semua dah sedia maklum kan dengan benda ni. Yang korang tengah baca ni blogger la. Blogger dalam maksud aku sendiri ialah penyampaian sesuatu cerita ataupun mesej dalam bentuk penulisan. Tak kiralah dari segi cerita pendek (cerpen) ataupun point. Dalam erti kata lain penulisan dan pembacaan. Mengikut peratusan pengguna internet, blog yang menarik untuk dibaca oleh pembaca mestilah mengandungi isi-isi yang menarik minat ramai, berita ataupun hiburan. Seseorang penulis blog mestilah sentiasa ada idea menarik ketika mengeluarkan sesuatu entri. 

Banyak blogger diluar sana yang menarik minat ramai untuk singgah ke blognya.  Pada masa yang sama, traffik akan bertambah dan akan menarik minat pengiklan-pengiklan untuk mengiklankan barangan dalam blog. Tapi, bukan iklan yang menjadi keutamaan seseorang blogger, tetapi mutu entri dan berapa ramai pembaca yang ada didalam sesebuah blog tersebut. 

Contoh blog terbaik :





Vlogger - Mungkin ada yang baru nak dengar atau kenal dengan benda ni. Bunyinya lebih kurang sama, tapi mediumnya berlainan. Vlogger dalam maksud aku sendiri adalah penyampaian sesuatu dari segi nasihat, hiburan, hobi, fesyen ataupun apa-apa sajalah dalam bentuk VIDEO.

Untuk menjadi seorang Vlogger yang digemari anda seharusnya mempunyai pengetahuan asas tentang cara mengendalikan Video Kamera dan Video Editing dengan baik. Dalam masa yang sama, isi dalam sesuatu video itu mestilah menarik dan mudah difahami untuk mendapat tarikan penonton. Medium persembahan video yang biasa digunakan adalah Youtube kerana ianya percuma untuk upload apa saja video untuk di View orang semua orang. Biasanya, mereka yang ber 'Vlogger' ini memerlukan sebuah kamera digital dan latar belakang yang sesuai dengan situasi dalam video. Kiranya seseorang Vlogger diibaratkan seperti seorang presenter mesej terus kepada semua pengikut mereka. Mereka seperti berinteraksi walaupun dihadapan kamera.

Contoh Vlogger terbaik :






Walaupun kedua-duanya sememangnya berbeza tapi maksudnya tetap sama, ingin menyampaikan sesuatu mesej kepada umum walaupun berbeza dari segi tulisan dan Visual. Kita sebagai pembaca boleh menilai sesuatu dengan komen-komen yang membina, janganlah kita saling mendengki antara satu sama lain. Dua-dua pun bagus. Ada style yang tersendiri. :)






Thursday, February 2, 2012

Hak Asasi Manusia.

Kita semua sedia maklum dengan Hak Asasi Manusia. Apa dia Hak Asasi Manusia? 

Ada sumber menyatakan :

Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
kebebasan daripada ketakutan
kebebasan daripada kemahuan
kebebasan bersuara
kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. 
(Wikipedia Ensiklopedia Bebas, laman ini diubah buat kali terakhir pada 00:12, 5 Januari 2012)

Tapi, adakah anda faham maksud sebenar dengan Hak Asasi manusia?

Baru-baru ini di negara kita telah berlaku satu perhimpunan jalanan yang dibuat oleh beberapa buah parti politik tempatan dengan beralasan untuk menghantar satu memorandum kepada Yang Dipertuan Agong berlandaskan Hak Asasi Manusia. Aku tak mahu cerita pasal isi kandungan tersebut, korang sendiri dah sedia maklum.

Adakah hak asasi manusia di negara kita sudah tidak relevan? Itu persoalan yang sering bermain difikiran rakyat. Ada dikalangan pengikut perhimpunan tersebut tak tahu pun sebab apa jadinya perhimpunan tersebut. Main ikut je. Ada pulak dikalangan mahasiswa yang turut serta. Haish. Macam-macam sekarang. Nak pergi KL pun rasa macam dah tak selamat. Dah la ramai Bangla dengan Indon.

Ikut pandangan aku la, manusia ni memang tiada had dalam menentukan kehendak. Akan tetapi, terhad dalam menentukan keputusan. Salah buat keputusan, orang lain merana. Kan jadi payah nanti.

Hak manusia memang takde had. Semua nak, tapi memang terbatas. Memang kadang-kadang kita ada hak bersuara untuk membetulkan keadaan, tapi mestilah dengan cara berakal. Kalau kita mintak yang bukan-bukan, takkan MEREKA nak bagi, gila ke apa. Kalau pasal benda lain aku tak kesah lagi, kalau pasal agama Islam jadi permainan memang tak lama lagilah kita akan Kiamat. Mintaklah semua tu kat Akhirat nanti.

Hak Asasi manusia ni bagus dalam menentukan keupayaan sesuatu kerajaan menangani masalah rakyat, aku rasa negara kita ni dah cukup bagus dari segi semua ni. Semua nak, semua dapat. Tengok negara lain, mana dapat macam apa yang kita dapat. Yang kebuluran pun ada. Patutnya yang susah tu kita bantu.

Kalau hapuskan judi, riba, arak, hiburan terlampau aku setuju benar.
Selamat pagi :)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...